(Video) Laju Betul Menggelongsor, Gelagat Si Bulu ‘Girang’ Main Gelongsor Cuit Hati Netizen

Kehadiran kucing sememangnya akan sentiasa menceriakan suasana, telatah mereka yang terkadang nakal dan comel menjadi terapi bagi pencinta kucing.

Tidak pelik rasanya bila setiap hari media sosial dibanjiri dengan himpunan gambar dan video aksi kucing yang pastinya sentiasa mencuit hati warganet.

Sama dengan video ini, ramai yang terhibur dan tidak kurang juga ada yang merasa sebak.

Video yang dimuatnaik di TikTok itu menyaksikan seekor kucing dengan girangnya sedang bermain gelongsor berpusing di sebuah taman permainan.

@wholesomecontent_56

#greenscreenvideo#foryou#fyp#cute#wholesome#yourcool#yourthebest#cat#slide

♬ original sound – jex

Barangkali kagum atau tertanya-tanya mengapa ia boleh turun dari permainan itu dengan lajunya, kucing itu dilihat berkali-kali bermain gelongsor tersebut.

Tiada kelibat kanak-kanak atau orang dewasa lain di situ, ia mungkin menjadi detik ‘paling bahagia’ bagi kucing itu.

Pun begitu, tidak dapat dipastikan di mana video tersebut dirakam.

Menjengah ke ruangan komen, pengguna TikTok memberikan pelbagai reaksi dan ada di antara mereka yang turut berasa sedih.

Sumber: TikTok Wholesomecontent_56

BACA: Jadi Tumpuan ‘Gamers’, Ini ‘Lubuk’ Jenama Esports Terkenal Dunia

The post (Video) Laju Betul Menggelongsor, Gelagat Si Bulu ‘Girang’ Main Gelongsor Cuit Hati Netizen appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments