(Video) Kuyup Bermandi Najis, Petugas Veterinar Berjaya ‘Selamatkan’ Gajah Sembelit

Sekumpulan petugas veterinar terpaksa berbasah kuyup dengan ‘semburan’ najis selepas menyelamatkan seekor gajah yang sembelit.

Gajah tersebut yang diberi nama Lana dilaporkan mengalami sembelit, sudah lama tidak dapat membuang najis ekoran saluran najisnya tersumbat.

Bertindak atas tanggungjawab, pasukan veterinar dari taman gajah tersebut yang diketuai Dr. Tom tampil menjalankan tugasan mereka.

Difahamkan, Lana terpaksa diberi enema, iaitu sejenis cecair yang disuntik ke usus melalui saluran dubur untuk mencernakan najis yang keras, tersumbat serta tersekat.

Usaha mereka berhasil, Lana kemudiannya berjaya melepaskan seketul najis bersaiz besar yang tersumbat sekian lama, dalam masa sama najis itu turut ditarik keluar oleh petugas veterinar tersebut.

Mereka pada awalnya memakai sut baju hujan (ponco) sebagai  perlindungan diri, namun tidak ‘berfungsi’ apabila semburan najis Lana menyimbah kuat ke atas tubuh mereka.

Rakaman video memaparkan najis beserta cecair yang kotor berjaya dikeluarkan dengan begitu banyak, membasahi mereka yang bertugas di situ.

Derita sembeli Lana akhirnya sudah berakhir.

Video tersebut tular sehingga menjadi perhatian warganet di media sosial, difahamkan kejadian itu berlaku kira-kira dua bulan yang lalu.

The dedication of the Elephant Doctor

The dedication of the elephant Doctor! When Lana, an elderly elephant at Elephant Nature Park became seriously constipated the elephant vets imediately began to treat her. They treat her with an enema, as if the blockage is left untreated it can be fatal. However the Dr's treating her got a big shock as the blockage cleared! Luckily now Lana is feeling much better. All in a days work for an elephant doctor! Video Credit: Channarong Srisa-ard (Dr Tom) #ElephantNaturePark#SaveElephantFoundation

Posted by Samui Elephant Sanctuary on Saturday, September 26, 2020

Sumber: Daily Mail, Samui Elephant Sanctuary

The post (Video) Kuyup Bermandi Najis, Petugas Veterinar Berjaya ‘Selamatkan’ Gajah Sembelit appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments