(Video) Kalau Korang Rasa Tak Selesa Tengok Gambar-Gambar Ini, Mungkin Anda Alami Thalassophobia

Seperti yang diketahui, terdapat pelbagai jenis fobia atau ketakutan yang dialami oleh manusia di seluruh dunia. Ada yang di antaranya tidak diketahui ramai tetapi wujud dan membawa kesan yang besar dalam hidup seseorang.

Salah satunya, adalah ‘thalassophobia’ atau rasa takut apabila berada di lautan atau kawasan permukaan air yang luas dan dalam.

Beberapa gambar menerusi perkongsian oleh seorang individu di Twitter dengan akaun @kidoffsan ini mungkin boleh menjawab persoalan adakah anda merupakan seorang thalassophobia atau tidak.

Thalassophobia adalah salah satu jenis fobia yang menimbulkan rasa takut extreme terhadap perairan yang dalam atau laut.

Mostly orang yang menghidap thalassophobia ni akan rasa gementar bila berada dalam air yang dalam and gelap sebab takut kalau ada haiwan yang tarik dari bawah.

Secara umum, beberapa gejala thalassophobia, di antaranya: berkeringat, gemetar, pusing, mual, sesak nafas, sakit kepala ringan, jantung berdegup kencang, muncul perasaan akan datangnya bencana yang berasal dari laut.

sjchlsk

Tonton video di bawah. Kalau tak kuat jangan tengok!

Menurut fakta, fobia adalah sejenis ”anxiety disorder” iaitu rasa cemas atau bimbang yang dihidapi oleh seseorang individu secara berlebihan sehingga menjejaskan kehidupan seharian.

Perkataan “thalassophobia” merujuk kepada rasa takut akan lautan atau kawasan air yang luas dan dalam. Oleh itu, thalassophobia berbeza dengan aquaphobia, iaitu ketakutan terhadap air itu sendiri.

Aquaphobia boleh dikatakan lebih parah di mana boleh merangkumi rasa takut berada di dalam mana-mana air, termasuk kawasan air yang kecil.

Mengapa timbulnya gejala fizikal bagi individu penghidap thalassophobia seperti berpeluh, pernafasan lebih cepat, dan degupan jantung yang meningkat?

Ini adalah disebabkan rasa cemas yang disebabkan oleh thalassophobia mengaktifkan tindak balas “melawan, berlari, atau membeku”, yang merupakan cara tubuh untuk bersiap sedia dalam menghadapi bahaya.

Sumber: Twiter @kidoffsan, Medical News Today

The post (Video) Kalau Korang Rasa Tak Selesa Tengok Gambar-Gambar Ini, Mungkin Anda Alami Thalassophobia appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments