(Video) Ibu Gagal Tahan Sebak Saat Terima Kek Duit, “Surprise” Dari Anak-anak Di Perantauan

Bukan mudah sebenarnya perlu berjauhan dengan ibu bapa tersayang namun ia tetap perlu dihadapi dengan tabah bagi mencari rezeki, ilmu atau kerjaya yang lebih baik.

Terutama dalam keadaan pandemik ketika ini, pastinya ramai yang masih tidak boleh pulang ke kampung halaman untuk bertemu dengan ibu bapanya.

Pun begitu, setiap orang mempunyai cara yang tersendiri bagi menghargai kedua ibu bapa mereka.

Sama dengan seorang gadis ini yang memberikan kejutan hari jadi kepada ibunya walaupun berada jauh diperantauan.

Mungkin ia dianggap biasa sahaja, namun ia merupakan satu kejutan yang paling bermakna untuk seorang ibu.

Menerusi videonya yang telah tular di TikTok, Sitinorameera bersama adik beradiknya yang lain membelikan kek hari jadi yang turut dilengkapi dengan duit.

@meerararararara

Tangisan kegembiraan buat mama harini ❤ . #fypシ

♬ A Thousand Years – Danny Wrights

Walaupun Ameera dan adik-beradiknya yang lain hanya mampu melantunkan lagu selamat hari jadi melalui panggilan video, namun ‘sambutan’ itu dilihat meriah dan bermakna bagi mereka.

Ketika ibunya menarik beberapa helaian duit RM50, dia kelihatan sebak. Mungkin terharu dengan kegigihan anak-anaknya yang tetap membuat kejutan untuknya walaupun tinggal berjauhan.

Setakat ini, video tersebut mempunyai sebanyak 1.1 juta tontonan di TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut sebak dengan video itu dan juga berharap agar mampu melakukan sedemikian pada ibu bapa masing-masing.

Sumber: Sitinorameera

The post (Video) Ibu Gagal Tahan Sebak Saat Terima Kek Duit, “Surprise” Dari Anak-anak Di Perantauan appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments