(Video) Gelagat Si ‘Oyen’ Dengan Muka Tenang Main Piano Bersama ‘Gitarist’ Tarik Perhatian Ramai

Satu video yang memaparkan seorang pemuzik Rusia berduet dengan bermain gitar bersama dengan seekor kucing yang bermain piano telah menjadi tular di media sosial.

Video yang telah mendapat banyak perkongsian di aplikasi TikTok menampilkan Marsel Gilmanov bersama dengan seekor kucing berwarna oren.

Video tersebut bermula dengan kucing itu menggunakan kaki depannya untuk menekan kekunci piano dan kemudiannya diikuti dengan petikan gitar daripada Gilmanov.

Kedua-dua mereka yang berasal daripada Moscow, Rusia itu difahamkan memainkan lagu rakyat yang popular di Rusia. Walaupun ianya tidaklah sempurna, namun pengguna media sosial terhibur dengan aksi kucing tersebut.

Difahamkan, hampir 300,000 orang telah berkongsikan video tersebut manakala video lain yang memaparkan persembahan solo kucing tersebut telah mendapat lebih daripada satu juta tontonan.

Sumber: Daily Mail

The post (Video) Gelagat Si ‘Oyen’ Dengan Muka Tenang Main Piano Bersama ‘Gitarist’ Tarik Perhatian Ramai appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments