(Video) Gelagat Si Bulu Persis Model, Tampil Bergaya Dengan Pelbagai Baju Dijahit Bekas Guru Ini

Setiap orang mempunyai hobi dan minat yang tersendiri. Begitu juga dengan seorang bekas guru di Indonesia yang mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia pendidikan bagi mengasah lagi bakatnya dalam dunia fesyen. Hal ini, ia mesti dikaitkan dengan pakaian untuk seseorang individu tetapi bekas guru, Fredi Lugina Priadi membuat suatu keunikan dengan menjadi seorang pereka fesyen bagi pakaian kucing.

Menurut laporan, Fredi yang berusia 39 tahun dikatakan mendapat ilham melakukan perniagaan tersebut apabila melihat sepupunya yang merupakan seorang pencinta kucing. Berikutan itu, lelaki tersebut didakwa telah membuat beberapa pakaian yang boleh digayakan oleh si bulus terutamanya pada musim perayaan. Antaranya pakaian seragam, superhero seperti Thor, cosplay dan juga pakaian tradisional Islam.

Gambar via The Jakarta Post

“Pada awalnya, sepupu saya memberi idea untuk membuat pakaian kucing tetapi saya fikir itu adalah perkara yang pelik. Namun ia berada di luar jangka apabila mendapat permintaan yang tinggi terhadap pakaian kucing,” kata Fredi.

Tambahnya, setelah hampir tiga tahun berniaga secara online, dirinya didakwa berjaya memperoleh pendapatan sehingga 3 juta rupiah (RM870) sebulan dengan menjual sekurang-kurangnya empat helai sehari.

Gambar via The Jakarta Post

Walau begitu, terdapat segelintir warganet yang memberi komen negatif di media sosial yang beranggapan bahawa ia merupakan perkara yang kejam. Namun begitu, Fredi menasihati kepada para pembeli supaya tidak memakaikan pakaian pada si bulus dalam jangka masa yang lama.

Bagi Fredi, dirinya tidak akan mudah patah semangat dan berputus asa untuk mengembangkan perniagaannya setanding perniagaan yang lain.

Sumber: Reuters

The post (Video) Gelagat Si Bulu Persis Model, Tampil Bergaya Dengan Pelbagai Baju Dijahit Bekas Guru Ini appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments