(Video) Gelagat Dua Ekor Anak Kucing Ini Betul-Betul Fokus Tengok ‘Tom & Jerry’

Siapa yang tak tahu dengan siri animasi ‘legend’ Tom and Jerry? Bukan hanya orang dewasa dan kanak-kanak saja menyukai cerita kartun itu, bahkan kucing juga tertarik untuk menontonnya.

Satu video klip dikongsikan oleh @AnimalsWorld mengenai dua ekor kucing menonton siri animasi ‘Tom and Jerry’.

Rakaman video berdurasi 59 saat itu memaparkan dua ekor kucing berwarna kelabu dan putih menonton siri animasi Tom and Jerry yang dipaparkan pada sebuah komputer riba di atas meja.

Kucing itu menghampiri komputer tersebut seakan ‘cuba’ untuk menangkap Jerry setelah dia digulingkan oleh sebiji bola snooker atas tindakan Tom itu mengundang fokus yang lebih kepada dua ekor kucing tersebut.

 

Sumber : AnimalsWorld

The post (Video) Gelagat Dua Ekor Anak Kucing Ini Betul-Betul Fokus Tengok ‘Tom & Jerry’ appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments