(Video) Gelagat Burung Ini Berdiri Tegak Di Sebatang Kayu Untuk ‘Penyamaran’ Dari Pemangsa

Satu momen menarik terakam oleh kamera dimana, terdapat seekor burung yang kekal berdiri di sebatang pokok untuk membuat penyamaran terhadap pemangsanya.

Rakaman video yang diambil oleh Vanderlei Benites Scalabrim, menunjukkan burung potoo yang kekal berdiri yang disamarkan dengan sempurna pada satu batang kayu di Brazil dengan paruhnya di udara.


Haiwan itu akhirnya melompat dari batang kayu tersebut dan terbang, meninggalkan satu telur kecil bertenggek di atasnya. Di dalam video itu,’beberapa saat kemudian’ muncul dalam bahasa Portugis, dan video itu kemudian menunjukkan burung yang menetas.

Pada bahagian lainnya didalam video, pasangan burung itu berdiri di atas tiang kayu yang sama, tetap diam dan menyatu dengan persekitarannya.

Video itu dimuat naik pada 16 Januari 2015 dan baru-baru ini muncul semula dalam internet.

Potoo biasa adalah spesies burung malam yang hidup di Hemisfera Selatan dan menggunakan penyamaran untuk bersembunyi dari pemangsa.

Ia mempunyai mata yang mengambil sebagian tengkoraknya, memberikan penglihatan malam yang sangat baik, sementara di celah kelopak mata membantunya merasakan pergerakan pemangsa walaupun sedang tidur.

Gambar via Dailymail

Burung ini biasanya bersandar di dahan pokok yang patah atau tiang pagar kayu dan tidak membina sarang. Burung potoo yang hebat adalah ‘pemimpin dunia’ yang berpura-pura menjadi tunggul pohon, menghabiskan sebahagian besar waktunya dengan berdiri tegak di dahan-dahan.

Burung itu panjangnya sekitar 38cm dan berwarna coklat kelabu, yang membantu mereka menyatu dengan persekitarannya.

Sumber : Dailymail

The post (Video) Gelagat Burung Ini Berdiri Tegak Di Sebatang Kayu Untuk ‘Penyamaran’ Dari Pemangsa appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments