(Video) Gelagat Anak Panda Jatuh Terlentang, Panda Dewasa Pula ‘Khusyuk’ Makan Sampai Tak Sedar

Panda memang haiwan yang lucu, mempunyai tingkah laku yang ‘cute’ kerana tubuh badannya gempal pasti membuat sesiapa saja ‘geram’ melihat telatah mereka.

Satu klip video tular di laman Twitter memaparkan seekor anak panda sedang menikmati makanannya. Kerana dilihat begitu leka menjamah makanan tersebut, panda comel itu telah jatuh terlentang di atas tanah.

Lebih menarik lagi, panda dewasa yang berada di sebelahnya pun tidak menyedari bahawa anak panda tersebut telah terjatuh. Apa tidaknya, ianya dilihat sedang khusyuk menjamah makanan yang dipegang erat olehnya.

Sumber : @AnimalsWorld

The post (Video) Gelagat Anak Panda Jatuh Terlentang, Panda Dewasa Pula ‘Khusyuk’ Makan Sampai Tak Sedar appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments