(Video) “Elak Jadi Mangsa,” Polis Ini Tunjuk Cara Untuk Semak Akaun Bank & Nombor Telefon Yang Digunakan ’Scammer’

Pelbagai kes penipuan dalam talian telah banyak dilaporkan sejak kebelakangan ini.

Ramai orang yang terpaksa berputih mata apabila sejumlah wang yang besar lesap kepada scammer yang tidak dikenali.

Bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa seterusnya, kita seharusnya sentiasa bijak dan berhati-hati dengan segala kemungkinan bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan atau pun scam.

Justeru daripada itu, bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan atau scammer, pihak Polis Diraja Malaysia menerusi perkongsian yang dipetik menerusi Polis Sabah ada berkongsikan tentang cara untuk semak akaun bank dan nombor telefon yang digunakan oleh sindiket penipuan dalam talian.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Masyarakat dinasihatkan untuk menggunakan portal dan aplikasi ‘Semak Mule’ bagi memeriksa akaun bank dan nombor telefon yang digunakan oleh sindiket penipuan dalam talian.

Saksian video penerangan yang dihasilkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah tentang tatacara membuat semakan awal menggunakan Portal ‘Semak Mule’, sebelum anda menjadi mangsa penipuan seterusnya!

Masyarakat yang ingin menggunakan aplikasi ini juga boleh memuat turun ‘Semak Mule’ di platform Google Playstore.

[SCAM ALERT] VIDEO PILIHAN: ELAK JADI MANGSA "SCAMMER" DENGAN 'SEMAK MULE'Masyarakat dinasihatkan untuk menggunakan…

Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Wednesday, December 16, 2020

Sumber: Polis Diraja Malaysia

The post (Video) “Elak Jadi Mangsa,” Polis Ini Tunjuk Cara Untuk Semak Akaun Bank & Nombor Telefon Yang Digunakan ’Scammer’ appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments