(Video) Dua Penerbangan Terpaksa Ditangguh, Lebah Cetus ‘Kekacauan’, Hinggap Di Badan Pesawat

Dua penerbangan terpaksa ditangguhkan selepas lebah membuat kekacauan di lapangan terbang Kolkata, India minggu ini.

Menurut Daily Mail, lebah-lebah tersebut pada mulanya muncul di pesawat Vistara pada Ahad ketika pesawat berkenaan sedang menunggu di hangar sebelum berlepas. Keesokan harinya pula, lebah-lebah itu turut muncul di hangar yang sama namun di pesawat yang lain.

Pada kedua-kedua kejadian itu, sebuah jentera bomba terpaksa dikerahkan untuk menghalau lebah tersebut sehingga menyebabkan penerbangan itu tertangguh sekitar sejam.

Wakil daripada syarikat penerbangan tersebut memberitahu Times of India bahawa lebah-lebah itu pada awalnya muncul sekitar jam 4 petang pada 29 November, mengerumuni sisi pesawat Visrata yang dijadualkan menuju ke Delhi.

Pesawat yang dijadualkan berlepas sekitar jam 5.30pm, akhirnya berlepas sekitar 6.30 petang.

Ketika kakitangan penerbangan itu mengharapkan insiden tersebut berlaku sekali sahaja, mereka terkejut apabila mendapati bahawa kejadian yang sama berulang pada keesokan harinya namun pada pesawat yang berlainan.

Namun pada kali ini, serangga tersebut telah mengerumuni pesawat yang dijadualkan berlepas lapangan terbang Port Blair sekitar 10.30am.

Sekumpulan lebah itu telah menghentikan pengendali bagasi daripada memuatkan barangan ke pesawat, kerana ianya berada tepat di atas pintu kargo yang sedang terbuka.

Sekali lagi, ianya terpaksa dihalau. Proses memasukkan barang itu akhirnya bersambung kembali dan penerbangan itu berjaya berlepas pada sekitar jam 11.30am.

Tidak dapat dipastikan mengapa lebah-lebah itu mengerumuni pesawat tersebut, namun sekumpulan lebah madu kebiasaannya mengerumuni apabila mereka ingin memindahkan sarang mereka.

Sumber: Daily Mail

The post (Video) Dua Penerbangan Terpaksa Ditangguh, Lebah Cetus ‘Kekacauan’, Hinggap Di Badan Pesawat appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments