(Video) Ditonton Hampir 8 Juta Kali, Aksi Berani Lelaki Panjat & Tebang Pokok Tanpa Tali Keselamatan Bikin Ramai Berdebar

Aktiviti menebang pokok memerlukan tahap keselamatan yang tinggi kerana ia sangat berisiko dan terdedah dengan bahaya.

Selain melibatkan ketinggian pokok, ketajaman alat menebang atau memotong yang digunakan juga boleh menyebabkan kecederaan jika tidak digunakan dengan cermat.

Bagi pokok yang tingginya melebihi lima meter, sudah tentu si pemotong tersebut perlu menggunakan peralatan keselamatan diri seperti tali keselamatan, takal, topi keledar keselamatan, kasut dan sebagainya.

Bagaimanapun seperti apa yang dirakam dalam satu video tular baru-baru ini, didapati individu yang memotong pokok tersebut tidak memakai sebarang alat perlindungan diri.

Malah, dia juga hanya bergantung pada kekuatan kaki dan tangan sahaja untuk berpaut dengan kuat, dalam masa sama menggunakan gergaji mesin yang berbahaya itu.

Mari tonton video mendebarkan ini.

Best Talent of a man with cutting, look like awesome

Best Talent of a man with cutting, look like awesome

Posted by Video Kamsan on Tuesday, December 15, 2020

Sumber: Video Kamsan

The post (Video) Ditonton Hampir 8 Juta Kali, Aksi Berani Lelaki Panjat & Tebang Pokok Tanpa Tali Keselamatan Bikin Ramai Berdebar appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments