(Video) Detik-Detik Mendebarkan Cheetah Dahaga Diserang Buaya Ketika Leka Minum Air

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya, itulah yang dapat digambarkan pada sebuah rakaman dramatik yang menunjukkan seekor buaya sepanjang 13 kaki mengheret seekor cheetah ke dalam air hingga mati semasa ia sedang minum.

Cheetah yang sedang dahaga itu berada di pinggir tasik untuk minum, tanpa menyedari buaya itu bersembunyi tepat di bawah garis air, menunggu untuk menyerangnya.

Dalam serangan sepantas kilat, reptilia ‘ganas’ itu melompat dan menggigit cheetah di antara rahangnya sebelum mengheret ke tengah tasik hingga mati.

Pemandu safari WildEarth Afrika Selatan, Busani Mtshali, 30, dari wilayah KwaZulu-Natal, merakam rakaman luar biasa itu di Beyond Phinda Private Game Reserve di Afrika Selatan semasa mengetuai sebuah lawatan.

Sumber : Dailymail

The post (Video) Detik-Detik Mendebarkan Cheetah Dahaga Diserang Buaya Ketika Leka Minum Air appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments