(Video) Demi Tugas, Pengantin Baru Terpaksa Berjauhan Selepas Sehari Akad Nikah

Semua orang sedia maklum, terdapat beberapa negeri yang masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Oleh itu, kerajaan telah memutuskan untuk merentas negeri sekiranya individu tidak mempunyai urusan yang penting.

Menerusi satu perkongsian video di TikTok, pasangan pengantin baru yang selamat bernikah terpaksa berpisah buat sementara waktu. Hal ini disebabkan penangan PKPB yang berlangsung dan juga pekerjaan yang perlu dilakukan.

Pemilik akaun TikTok, @tuansaysue memaklumkan bahawa suaminya hanya datang ke Pahang untuk bernikah dan menghadiri photoshoot sebelum pulang semula ke Klang.

@tuansaysue

Bila nak habis covid ni😭 datang pahang sehari je sebab nikah , lepas photoshoot terus balik Klang 😒😒 #fyp #tiktokmalaysia

♬ bunyi asal – 𝓑𝓫𝔂 𝓝𝔂𝓼𝓼❦ – Anyss🌸

“Ianya bukan kerana tidak dapat cuti atau sebaliknya. Sepatutnya kami bernikah pada 23/10/2020 dan kami sudah apply cuti 2 minggu sebelum PKPB di Klang. Cuti itu tak boleh dibatalkan maka kami bernikah pada bulan 11 (last minit). Nak atau tak nak, suami tidak boleh bercuti lama, lagipun suami saya dari klang dan saya dari Pahang,” katanya.

Posting tersebut telah mendapat lebih 1.3 juta tontonan dan sebanyak 89.7K tanda suka. Malah, rata-rata warganet menzahirkan rasa simpati atas situasi yang dihadapi oleh pengantin baru itu. Warganet juga mengharapkan pandemik akan berakhir secepatnya dan pasangan di seluruh Malaysia yang terpaksa berpisah boleh bertemu kembali.

 Sumber: @tuansaysue (tiktok), says_sue (IG)

The post (Video) Demi Tugas, Pengantin Baru Terpaksa Berjauhan Selepas Sehari Akad Nikah appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments