(Video) Cemas, Wanita Tengah Leka Buai Bayi, Tak Sedar Ular Besar ‘Slow-slow’ Masuk Rumah Nak Serang

Kejadian makhluk reptilia, ular masuk atau tersesat ke dalam rumah penduduk bukan lagi perkara asing di mana-mana.

Boleh dikatakan ia sering dilaporkan berlaku secara tidak dijangka, apatah lagi jika melibatkan ular yang bersaiz besar serta berbahaya.

Banyak faktor yang menyebabkan haiwan tersebut berbuat demikian, antaranya yang dikenal pasti ialah mencari makanan, habitat terganggu dan sebagainya.

Baru-baru ini seorang warga Twitter, @naimazharr berkongsi satu video memaparkan kejadian ular dipercayai ular sawa masuk ke dalam sebuah penduduk.

Berdasarkan video berdurasi 40 saat itu, seorang wanita dipercayai penjaga bayi berdepan detik cemas apabila dia pada awalnya tidak perasan akan kemunculan ular tersebut yang menyelinap masuk ketika sedang leka membuai bayi.

Mari tonton video ini.

Baru perasan ada ular besar

Sementara itu, beberapa warganet lain turut memberi komentar mereka, rata-rata mereka juga tidak nampak ular tersebut pada awalnya.

Ada yang berpendapat, ular itu sebenarnya memang nak serang wanita itu, tapi ‘hasratnya’ gagal.

 

Sumber: Twitter @naimazharr

The post (Video) Cemas, Wanita Tengah Leka Buai Bayi, Tak Sedar Ular Besar ‘Slow-slow’ Masuk Rumah Nak Serang appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments