(Video) Budak ‘Melayang’ 30 Kaki Di Udara Sebelum Terjatuh Ke Tanah, Dibawa Terbang Layang-Layang Gergasi

Tidak dapat dibayangkan yang dihadapi oleh seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 12 tahun selepas dibawa terbang oleh layang-layang gergasi setinggi 30 meter di udara. Kejadian awal dilaporkan berlaku apabila kanak-kanak lelaki tersebut memegang layang-layang dengan stabil di lereng bukit di Lampung, Indonesia.

Pada masa yang sama juga, angin yang kencang membuatkan dirinya terjerat di tali penyambung lalu dirinya ditarik ke udara. Nasib malang kanak-kanak tersebut disaksikan oleh beberapa individu yang berada di tempat kejadian.

Selang beberapa saat berada di udara, tali penyambung itu terputus lalu kanak-kanak tersebut terjatuh menyembah bumi manakala orang ramai yang melihat terus bergegas mendapatkan dirinya.

Mangsa dikejarkan ke hospital berdekatan dan terpaksa menjalani dua pembedahan selepas beberapa tulangnya patah akibat jatuh dari tempat yang tinggi.

Walau bagaimanapun, kemalangan sedemikian kerap berlaku dan ibu bapa disarankan untuk memberi amaran kepada anak-anak agar berjaga-jaga dan elakkan menggunakan layang-layang yang terlalu besar. Layang-layang yang terlalu besar boleh mengakibatkan kehilangan kawalan apabila angin kencang.

Sumber: Daily Star

The post (Video) Budak ‘Melayang’ 30 Kaki Di Udara Sebelum Terjatuh Ke Tanah, Dibawa Terbang Layang-Layang Gergasi appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments