(Video) Buat ‘Samseng’ Tengah Bandar Selepas Lari Dari Ladang, Gelagat Kambing ‘Serang’ Penduduk Dirakam

Sekumpulan haiwan ternakan telah menyebabkan kekacauan di dewan bandar  raya dengan mengejar pegawai setelah ‘melarikan diri’ dari sebuah ladang

Rakaman CCTV yang dikongsikan di media sosial menunjukkan 5 ekor kambing menyerang Dewan Bandar Raya Nevsehir di Turki pada pukul 8.24 pagi Isnin.

Dalam video tersebut, dua orang pengawal berjalan dengan tergesa-gesa menaiki tangga balai kota untuk menyelamatkan diri sebelum mereka dikejar oleh haiwan itu.

Dalam sisi lain di dalam video, seorang lagi pengawal berjalan masuk ke bangunan, meninggalkan ‘keluarga ladang’ itu ‘buat hal sendiri’ di tengah jalan.

Ketika lelaki lain pula muncul di tempat letak kereta, biri-biri menyerang dia dan berlari ke belakang kereta sebelum mereka ditangkap.

Haiwam-haiwan tersebut adalah milik seorang petani bernama Hasan Unbulan dan ‘melarikan diri’ dari kandang malam sebelumnya kerana pintu pagar terbuka ditiup angin sebelum haiwan itu menuju ke pusat bandar.

Dia memberitahu NTV: ‘Saya telah lama mencari haiwan saya, tetapi saya tidak dapat menjumpainya. Kemudian saya pergi menemui pegawai Nevsehir untuk melaporkan haiwan saya hilang.

Gambar via Dailymail

“Saya mengetahui bahawa mereka dibawa ke tempat kurungan binatang berhampiran. Kemudian, pihak berkuasa menyerahkan haiwan saya kepada saya. ‘

Sumber : Dailymail

The post (Video) Buat ‘Samseng’ Tengah Bandar Selepas Lari Dari Ladang, Gelagat Kambing ‘Serang’ Penduduk Dirakam appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments