(Video) “Banyak Kepala Sperma Cacat,” Cycling Boleh Jadi Punca, Doktor Kongsi Hasil Ujian Air Mani Lelaki 29 Tahun Yang Aktif Berbasikal

Aktiviti berbasikal sudah menjadi ikut-ikutan (trending) pada hari ini, boleh dikatakan semua golongan tanpa mengira usia menyukainya.

Namun di sebalik ‘keseronokan’ ini, sebenarnya ada satu risiko kesihatan berbahaya yang menanti golongan lelaki secara tidak sedar.

Tahukah anda, aktiviti berbasikal boleh menjadi punca kepada kerosakan dan kecacatan sperma di dalam air mani, ianya berkaitan dengan haba panas yang terhasil ketika aktiviti tersebut dijalankan.

Mari baca penjelasan oleh pengamal perubatan reproduktif dan seksual, Dr. Ahmad di bawah ini.

Jangan terkejut, apa yang ditunjukkan ini ialah keadaan sperma yang cacat dan tidak normal.

Apa kaitan haba panas dengan kesihatan sperma?

Menurut Dr. Ahmad, kesan haba kepada testis sememangnya jelas mengakibatkan kerosakan sperma daripada segi bilangan, bentuk dan pergerakannya.

Jelasnya, apa juga sumber haba seperti cuaca panas, pekerjaan dan aktiviti yang terdedah dengan haba seperti sauna akan memberikan impak yang sama.

“Umum perlu tahu, proses penghasilan sperma atau spermatogenesis yang berlaku di dalam testis memerlukan suhu dua hingga lapan darjah Celcius lebih rendah daripada suhu badan.

“Haba yang meningkatkan suhu testis bertindak sebagai tekanan oksida yang akan merencat dan merosakkan proses ini. Maka lebih banyak sperma yang akan rosak dan cacat,” katanya dalam satu kenyataan ketika dihubungi Siakap Keli hari ini.

Selain itu, Dr. Ahmad juga menjelaskan bahawa pergerakan sperma yang normal agak berbeza dengan yang cacat seperti yang ditunjukkan di atas tadi.

“Pergerakan yang bagus ialah secara ‘rapid liner progression‘, iaitu spermanya bergerak terus sahaja,” katanya.

Gambar sekadar hiasan | Kredit: Google

Justeru, benarkah aktiviti berbasikal berbahaya?

Berikutan tentang aktiviti yang berkaitan dengan haba panas, berbasikal juga merupakan salah satu aktiviti berisiko tinggi yang boleh menjadi punca kepada penurunan kualiti sperma.

“Meskipun terdapat satu kajian yang dijalankan di England yang melibatkan lebih 5,000 penunggang basikal di mana hasilnya menunjukkan aktiviti berbasikal tidak mendatangkan kesan buruk kepada kualiti sperma.

“Akan tetapi kajian ini hanya melihat kepada tempoh masa berbasikal dan tidak menilai kesan haba kepada testis, tambahan pula suhu persekitaran di England tidak boleh disamakan dengan cuaca tropika di Malaysia.

“Bayangkan, suhu di atas jalan raya di Malaysia boleh mencecah hingga 38 hingga 40 darjah Celcius, jauh lagi tinggi daripada suhu badan yang normal!” tambahnya lagi.

Alternatif terbaik berbasikal

Tambah Dr. Ahmad lagi, aktiviti berbasikal bukanlah tidak dibolehkan langsung, cuma adalah lebih jika dihadkan untuk untuk tempoh dan keadaan tertentu.

“Konsepnya ialah kesan haba kepada testis. Jika berbasikal secara indoor seharusnya tidak akan bawa kesan kerosakan seperti outdoor.

“Digalakkan mereka yang menceburi aktiviti berbasikal ini supaya lebih mengutamakan faktor cuaca iaitu mengelakkan berbasikal ketika cuaca panas terutama di jalan raya, boleh berbasikal di kawasan redup, pemakaian seluar ketat juga mengumpul lebihan haba yang juga merencatkan sperma, perlu ada rehat secara berkala juga boleh membantu mengurangkan kesan haba kepada testis,” tambahnya lagi.

Sehubungan itu, rancanglah aktiviti berbasikal anda dengan baik demi kesihatan seksual anda, lebih-lebih lagi lelaki.

Sumber: Dr. Ahmad

The post (Video) “Banyak Kepala Sperma Cacat,” Cycling Boleh Jadi Punca, Doktor Kongsi Hasil Ujian Air Mani Lelaki 29 Tahun Yang Aktif Berbasikal appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments