(Video) Air Mengalir Dari Paip Terbakar Bila Dicucuh Api, Penduduk Dakwa Tangan ‘Berminyak’ Selepas Basuh Tangan

paip air api

Penduduk di timur laut China dilaporkan mengalami situasi aneh apabila air daripada paip rumah mereka boleh terbakar ketika dicucuh api. Kejadian itu dipercayai berpunca daripada kewujudan bahan mudah terbakar yang keluar daripada paip air mereka, lapor Independent.

Menurut portal itu, video menunjukkan warga tempatan menyalakan api daripada bahan yang keluar daripada paip di dapur dan sinki tandas.

Malah, ada antara penduduk di wilayah Panjin dan Liaoning mendakwa tangan mereka berasa berminyak selepas membasuh tangan.

Siasatan pihak berkuasa tempatan mendapati terdapat gas asli yang memasuki rangkaian paip air, sekaligus mencemarkan bekalan air bawah tanah di lokasi berkenaan.

“Berikutan pengembangan alat penyimpanan air di stesen air kawasan ini, bekalan sementara air bawah tanah telah menyebabkan sejumlah kecil gas asli memasuki rangkaian paip air, menyebabkan fenomena itu,” kata agensi berkenaan seperti dilaporkan Independent.

Hasil siasatan mendalam mendapati sumber air paip tersebut tercemar melalui proses pengeluaran air dari bawah tanah.

Sumber: Independent, SCMP

The post (Video) Air Mengalir Dari Paip Terbakar Bila Dicucuh Api, Penduduk Dakwa Tangan ‘Berminyak’ Selepas Basuh Tangan appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments