(Video) 2 Orang Didakwa Cuba Samun Sebuah Kereta Gagal, Akhirnya Dirempuh Semula Oleh Kereta Yang Sama

Terbaharu, menerusi satu video rakaman litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial dipercayai berlaku di luar negara, sebuah kereta didatangi oleh dua orang dipercayai penyamun yang menaiki motosikal.

Salah seorang suspek kemudiannya dilihat mengacukan senjata ke arah tingkap pemandu sebelum pemandu berjaya memecut kenderaannya pergi dari kawasan tersebut.

Menerusi video berdurasi 28 saat itu, suspek yang panik terus bergegas ke arah motosikal untuk beredar sebelum kenderaan tersebut mengundur dengan laju dan melanggar kedua-dua suspek.

Motosikal suspek dilihat terperosok ke bawah kereta mangsa dan kedua-suspek berlari ketakutan apabila dikejar semula oleh kenderaaan itu. Nampaknya ini merupakan balas dendam paling epik oleh mangsa ragut!

Rata-rata warganet pula menyifatkan pemandu kenderaan seorang yang berani dan mereka tidak bersmpati dengan keadaan kedua-dua suspek yang mungkin mengalami kecderaan ringan.

比老虎还凶的受害者!!Victim fights back!!

Posted by Kim Heong Lim on Tuesday, December 15, 2020

Sumber: Facebook Kim Heong Lim

The post (Video) 2 Orang Didakwa Cuba Samun Sebuah Kereta Gagal, Akhirnya Dirempuh Semula Oleh Kereta Yang Sama appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments