TERKINI: PKPB Di Pulau Pinang, Perak & Kelantan Kecuali Beberapa Kawasan Ditamatkan Pada 6 Disember

Menerusi sidang media hari ini, Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Pulau Pinang, Perak dan Kelantan  akan ditamatkan pada 6 Disember ini.

Bagaimanapun, ada beberapa kawasan yang mana PKPB atau PKPD dilanjutkan di ketiga-tiga negeri ini.

Bagi negeri Pulau Pinang, PKPB di Mukim 12 Barat Daya dan Mukim 13 Timur Laut akan diteruskan bermula 7 Disember sehingga 20 Disember 2020

“Mesyuarat khas juga turut bersetuju melaksanakan PKPD di dua lokaliti zon merah iaitu di Flat Paya Terobong, Relau dan Flat Desa Bestari, Batu Uban bermula pada 7 Disember sehingga 20 Disember 2020,” katanya.

Di negeri Perak, PKPB akan diteruskan di Mukim Teja dan Mukim Changkat Jong bermula pada 7 Disember sehingga 20 Disember 2020.

“Kerajaan juga turut bersetuju untuk menamatkan PKPD di Zon 8 dan Zon C Taman Meru 2C di Ipoh, Perak pada hari ini, iaitu lebih awal daripada tarikh yang dijadualkan,” katanya.

 

PKPB di Pulau Pinang kecuali empat kawasan ditamatkan seperti dijadual pada 6 Dis – Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Posted by Bernama TV on Saturday, December 5, 2020

PKPB di Perak ditamatkan 6 Dis seperti dijadual kecuali Mukim Teja, Mukim Changkat Jong – Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Posted by Bernama TV on Saturday, December 5, 2020

PKPB di Kelantan tamat kecuali Kota Bharu, Machang, Tanah Merah dan Pasir Mas – Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Posted by Bernama TV on Saturday, December 5, 2020

 

PERINCIAN LANJUT AKAN MENYUSUL

Sumber: RTM

The post TERKINI: PKPB Di Pulau Pinang, Perak & Kelantan Kecuali Beberapa Kawasan Ditamatkan Pada 6 Disember appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments