TERKINI: Chile Dilapor Digegar Gempa Bumi Kuat 6.0 Ketika Fenomena Gerhana Matahari Berlangsung

Gempa bumi kuat 6.0 Skala Richter dilapor telah melanda wilayah sempadan Chile-Bolivia pada jam 3 petang waktu tempatan.

Berlaku ketika fenomena gerhana matahari, gempa itu dicatatkan berlaku pada kedalaman 110km (68 batu)

Menurut The Watchers, pusat gempa terletak 75km (47 batu) dari Calama yang mempunyai populasi seramai 143, 084 orang.

Setakat ini, tiada sebarang kemalangan jiwa yang dilaporkan.

Kejadian itu berlaku ketika orang ramai sedang menyaksikan fenomena gerhana matahari yang terakhir pada tahun ini.

Sumber: The Watchers

The post TERKINI: Chile Dilapor Digegar Gempa Bumi Kuat 6.0 Ketika Fenomena Gerhana Matahari Berlangsung appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments