Promosi ‘Kaw-Kaw’ Hujung Tahun Ni, Beli Satu Handphone OPPO Je Dapat Barang Percuma Termasuk OPPO Watch 41mm Yang Bernilai RM899

Memandangkan ramai yang suka shopping hujung tahun ni, OPPO sekali lagi nak bagi korang hadiah sempena Hari Krismas dan Tahun Baru menerusi Joy-Full OPPO Sale yang akan berlangsung 19 Disember 2020 sehingga 3 Januari 2021. Mana taknya pelbagai promosi menarik akan ditawarkan kepada pelanggan OPPO.

Paling seronok, pelbagai hadiah menarik OPPO sediakan untuk peminat setianya. Tak kira lagi dengan diskaun Hari Krismas dan Tahun Baru, macam-macam babe.

Dalam kempen Joy-Full ini, OPPO nak tunjuk korang hadiah dan tawaran diskaun istimewa untuk peminatnya. Apa je tawaran hebat tu?

Memang banyak promo best sepanjang kempen Joy-Full OPPO ni. Promo yang kami rasa paling berbaloi adalah kalau korang beli peranti OPPO Find X2. Sebab korang akan dapat percuma OPPO Watch 41mm yang bernilai RM899. Berbaloi beb, beli smartphone, percuma smart watch. Siapa lagi nak bagi kalau bukan OPPO?

Tak habis lagi. Kalau korang buat pembelian OPPO A53 yang bernilai RM699, korang akan dapat percuma Smart Thermos bernilai RM99. OPPO A53 ni memang famous dengan kelajuan dan performance yang lancar, dengan harga yang sangat mampu milik.

Taknak beli phone? Ada juga promosi untuk OPPO Watch yang dikatakan jam Android paling hebat setakat ini. Setiap pembelian OPPO Watch versi 46mm yang berharga RM1,299 atau 41mm yang berharga RM899 akan dapat percuma OPPO Enco W11 yang bernilai RM159. Memang berbaloi habis.

Paling syok sekali, dua smartphone terbaru daripada OPPO, iaitu OPPO Reno4 Series dan OPPO A93 kini diturunkan harga…

Kami tahu ramai yang dah lama ushar OPPO Reno Series kan. Berita baik untuk korang, sebab Reno4 kini berharga hanya RM1,499 (harga asal RM1,699) dan Reno4 Pro kini berharga RM2,099 (harga asal RM2,399) dan setiap pembelian korang akan dapat percuma Backpack OPPO Reno bernilai RM259. So inilah masanya untuk korang grab OPPO Reno4 Series idaman korang.

Bagi anda yang belum tahu apa yang bestnya dengan OPPO Reno4 Series, memang tak rugi tau kalau nak memiliki peranti hebat daripada OPPO ni. OPPO Reno4 Series dilengkapi dengan pelbagai teknologi hebat, tetapi yang paling kami kagum adalah ciri-ciri kameranya yang memang tak ada pada mana-mana peranti lain. Kamera yang terdapat pada peranti OPPO Reno4 Series ini terdiri daripada AI Colour Portrait, Night Flare Portrait, Monochrome Video, 960 fps AI Slow Motion dan banyak lagi.

Contohnya macam dalam gambar Elizabeth Tan yang menggunakan effect AI Colour Portrait dan Night Flare Portrait. Paling best, OPPO Reno4 Pro mempunyai teknologi 65W SuperVOOC 2.0 yang membolehkan anda cas penuh dalam masa 36 minit sahaja.

OPPO A93 pula diturunkan harga daripada RM1,299 kepada RM1,199 sahaja dan setiap pembelian akan dapat percuma Casing + Bluetooth Speaker bernilai RM159.

Apa yang special-nya dengan OPPO A93 ni? Jom kami bagitahu.

Dengan harga yang sangat mampu milik, OPPO A93 yang memiliki design sleek dan stylish ini memang padat dengan ciri kamera yang tip top. Antaranya adalah AI Colour Portrait untuk menukarkan background dalam gambar korang hitam dan putih, AI Night Flare Portrait dan AI Super Night Portrait untuk mengambil gambar yang power pada waktu malam, Dual Lens Bokeh untuk efek bokeh pada potret anda, AI Super Clear Portrait dan Ultra Clear 108MP Image untuk gambar yang jelas dan terang pada setiap perincian.

Bukan itu je, OPPO A93 turut didatangkan dengan 8GB RAM + 128GB ROM dan FHD + Super AMOLED pada 16.34cm Dual-Punch Hole Display untuk korang main game, tengok movie, scroll Instagram dengan lebih lancar dengan display yang hebat.

OPPO A93 juga ada fungsi Air Gesture yang korang boleh menerima panggilan tanpa menyentuh telefon. Hanya perlu melambaikan tangan berdekatan dengan telefon tanpa perlu menyentuh telefon dengan jarak sejauh 20-50 sentimeter sahaja.

Korang boleh dapatkan OPPO Reno4 Series di pautan ini – http://bit.ly/38RfNwm – dan OPPO A93 di sini – https://bit.ly/34mHRDK  

Ada lagi beb. Dengan setiap pembelian telefon pintar OPPO, pembeli akan menerima diskaun 10% untuk semua produk IoT OPPO seperti kat bawah ni. Wah, terbaiklah.

Bukan tu je, ada juga cabutan bertuah Joy-Full Lucky Draw di My OPPO App pada 19 Disember 2020 hingga 3 Januari 2021. Rugi kalau korang tak sertai cabutan bertuah ini, sebab hadiah berjumlah sehingga RM5,000 untuk dimenangi.

Layari laman media sosial rasmi OPPO seperti Facebook dan laman web rasmi OPPO.com untuk maklumat terkini mengenai produk terbaharu keluaran OPPO.

 

The post Promosi ‘Kaw-Kaw’ Hujung Tahun Ni, Beli Satu Handphone OPPO Je Dapat Barang Percuma Termasuk OPPO Watch 41mm Yang Bernilai RM899 appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments