Port Wajib Makan Cendol ‘Alaf Baru’ Area Melaka & Johor, Siap Guna Durian Premium

Kalau sebut je cendol, mesti ramai yang terliur kan? Tambah-tambah pula cuaca panas begini,  kalau pekena cendol ni best juga kan? Dihidang pula dalam keadaan sejuk dan manis buah memang ‘terangkat habis’.

Jadi, berdasarkan pengalaman ramai, SK nak kongsi ‘port best’ makan cendol sekitar Melaka dan Johor. Pernah dengar Cendol Kampung Hulu? Ya, ni lah

Dulu, trend cendol santan cair. Tapi kali ni, lain macam pula di Cendol Kampung Hulu.

Menurut tuan kedai Cendol Kampung Melaka (CKH), pada awal perkenalan menu di sini menerima pelbagai kecaman, ye lah kebanyakkan orang lebih suka cendol authentic. 

Tetapi katanya inovasi dalam tradisi. Alhamdulillah telah mendapat sambutan yang sangat luar biasa bila ramai dah mula merasa.

Dah ada kilang proses ais santan sendiri..

Santan cair yang dibekukan kemudian dikisar halus sebelum dihidangkan. Memang satu keunikan dan kelainan. CKH kini sudah mempunyai kilang tersendiri untuk memproses blok-blok ais santan mereka.

Apa je yang ada di Cendol Kampung Hulu tu…??

Macam-macam topping buahan segar yang ada. Yang paling mendapat sambutan sudah semestinya durian dan mangga. Ada yang lagi best, stok durian premium mereka tak pernah habis sepanjang tahun walaupun buah durian ini bermusim, menarik kan?

CKH cuma guna durian D24,IOI dan Musang King sahaja tau. Antara menu topping tambahan yang ada ialah Mangga, Buah Naga, Jagung, Koktel, Kelapa Laut Madu, Longan, Buah Kabong dan Durian.

Untuk pengetahuan korang semua, CKH dah ada 3 cawangan guys…

  • Kampung Hulu, Melaka.

Di Melaka, korang boleh duduk di tepi sungai layan mood macam oversea gitu! Cewahhhh. Jangan risau, bahagian berbumbung di dalam dan tingkat atas pun CKH sediakan.

Yang pastinya luas untuk menampung lebih daripada 200 pengunjung.Yang paling menarik, boleh dapatkan pelbagai menu masakan tempatan dan antarabangsa di sini dengan adanya lebih 30 gerai jualan.

  • Jalan Sisi, Muar

Di Muar pula, korang boleh jalan jalan di sekeliling bangunan yang dihiasi lukisan mural. Haa yang mana ‘kaki ootd’ tu marilah datang ke cawangan Muar. Nanti lepas dah post di media sosial tu jangan lupa pula tag @cendolkampunghulu.

  • B5 Johor Street Market, Johor Bahru.

Di Johor Bahru, sesuai untuk korang yang suka lepak santai di malam hari. Bukan apa, di sini banyak aktiviti atau persembahan yang dijalankan setiaphari lebih lebih lagi pada musim bola.

Duduk santai makan Cendol Kampung Hulu sambil tengok perlawanan bola sepak di layar skrin besar. Fuhhh menarik bukan? Dekat B5 je dapat tau suasana macam ni.

CKH akan kembangkan cawangan lagi di beberapa negeri tak lama lagi. Stay tune.

Difahamkan ada menu terbaru CKH “Pulut Ice Cream”. Memang kene cuba jugak ni. Min pun dah terliur tengok. Ada yang pernah rasa ke? Topping tambahan sama seperti menu Cendol Kampung Hulu. Harga pun sama. Murah wehhh.

Korang dah try?

Haaa last sekali, lupa nak khabar yang CKH ada perkhidmatan penghantaran sendiri yang cover banyak tempat selain daripada perkhidmatan penghantaran yang popular cover tau.

Korang boleh klik link dibawah ni untuk membuat pesanan hingga ke depan pintu:

Melaka: https://ckhmelaka.orderla.my/main-menu

Muar: ckhmuar.cendolkampunghulu.com

Johor Bharu: https://ckhjb.orderla.my/main-menu

Untuk maklumat lanjut tentang Cendol Kampung Hulu, korang boleh layari laman Facebook dan Instagram mereka.

Cendol Kampung Hulu pun dah ada Music Video tau. Korang boleh tengok di link youtube di bawah.

 

The post Port Wajib Makan Cendol ‘Alaf Baru’ Area Melaka & Johor, Siap Guna Durian Premium appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments