Polis Mohon Bantuan, Kesan Adik Muhammad Afif Faiq Yang Hilang

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun dipercayai hilang sejak 1 Disember 2020 lalu.

Portal Polis Diraja Malaysia menerusi laman Twitter rasmi mengeluarkan satu notis kehilangan kanak-kanak dan mengesa orang ramai untuk membantu mengesan mangsa.

Menerusi laporan tersebut, mangsa dikenali sebagai Muhammad Afif Faiq bin Mohd Izmeet Iskandar berusia 8 tahun.

Mohon orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang adik Afif Faiq ini boleh menghubungi balai polis berdekatan atau menghubungi terus ke pegawai polis yang bertugas Insp Abdul Hakeem bin Abdullah di talian 012-9225687 atau hubungi IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222.

 

Sumber: PDRM

Jom layan video2 menarik di Youtube Siakap Keli

The post Polis Mohon Bantuan, Kesan Adik Muhammad Afif Faiq Yang Hilang appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments