POCO X3 NFC Dinobat Telefon Pintar Terbaik 2020 oleh Wiser.my dalam Acara ABPW2020

Cyberjaya, 31 Dis – Portal teknologi popular Malaysia, Wiser.my menobatkan POCO X3 NFC sebagai juara kategori telefon pintar terbaik untuk tahun 2020.

Telefon pintar keluaran Xiaomi itu memenangi kategori tersebut dalam Anugerah Bintang Popular Wiser 2020 (ABPW2020) semalam.

POCO X3 NFC ditawarkan pada harga kurang dari RM1,000 dan didatangkan dengan pelbagai spesifikasi menarik seperti sokongan kadar segar semula 120Hz, cip pemproses Snapdragon 732G, bateri berkapasiti 5160mAh dan sokongan pengecasan antas 33W menerusi port USB Type-C serta pembesar suara stereo.

Dari segi kamera, X3 NFC dimuatkan dengan tetapan 4 lensa yang terdiri daripada 64MP utama, 13MP sudut lebar, 2MP makro, dan 2MP depth. Kamera swafoto pula ditempatkan pada paparan berlubang dengan sensor 20MP.

Video acara ABPW yang berlangsung semalam itu dikeluarkan oleh Wiser.my di saluran Youtube mereka. Kesemua pemenang dipilih berdasarkan undian penonton dan pengikut Wiser.my yang telah diberikan poll untuk memilih.

Kategori-kategori yang dipertandingkan dalam ABPW2020 adalah:

1. Kelas Permulaan Terbaik (penyampai: Azizam)
2. Kelas Pertengahan Terbaik (penyampai: Bull Gadget)
3. Kelas Pertengahan Premium Terbaik (penyampai: Misai Gadget)
4. Kelas Andalan Bajet Terbaik (penyampai: Muaz Malek)
5. Kelas Andalan Premium Terbaik (penyampai: KLGadgetTV)

6. Telefon Gaming (penyampai: Izami Gadget)
7. Kamera Terbaik (penyampai: Faiz Zainal dari Fuzz Channel)
8. Antaramuka Terbaik (penyampai: Arib Ismail dari Mobile Jaya)
9. Skrin Terbaik (penyampai: Adam Lobo)
10. Edisi Terhad (penyampai: Zhaf dari Pure Pixels)
11. Telefon Terbaik Keseluruhan “Phone of The Year 2020”

Menariknya, ABPW tahun ini turut membawakan pengulas-pengulas industri teknologi tempatan untuk mengumumkan pemenang bagi setiap kategori.

Boleh tonton video tersebut dibawah.

 

The post POCO X3 NFC Dinobat Telefon Pintar Terbaik 2020 oleh Wiser.my dalam Acara ABPW2020 appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments