Panda Tertua Di Dunia Dengan 153 Keturunan Dilapor Telah Mati Pada Usia 38 Tahun

Seekor panda telah meninggal dunia ketika usianya menjangkau 38 tahun disebabkan kegagalan banyak organ dalamannya di sebuah Zoo di China seperti yang diumumkan, lapor Daily Mail.

Panda Xin-xing atau dikenali sebagai bintang baru berusia lebih dari 130 tahun bersamaan dengan umur seseorang manusia telah meninggal dunia pada 8 Disember di Zoo Chongqing di barat daya China.

Panda Xin-xing dikenali sebagai ‘Ibu yang terhebat’ kerana mempunyai 153 keturunan termasuk 36 anaknya sendiri sepanjang hayatnya. 

Berita kematian panda itu telah diumumkan oleh Zoo Chongqing dalam kenyataanya di media sosial pada hari Isnin setelah dua minggu kematian panda Xin-xing. 

Menurut kenyataan itu, Xin-xin dilahirkan di Baoxing County of Sichuan iaitu pada pada bulan Ogos 1982. Pada bulan Jun 1983,  dia dihantar untuk tinggal di Zoo Chongqing untuk meneruskan kehidupannya di situ. Seterusnya, pada 16 Ogos Xin-xing telah meraikan sambutan ulang tahunnya yang ke-38 tahun dimeriahkan lagi dengan kuih kegemarannya yang diperbuat daripada potongan ais dan  juga buah-buahan.

Gambar : Dailymail

Salah seorang penjaga Zoo mengatakan Xin-xing mengalami tidur secara berlebihan, batuk dan selera makan yang berkurangan sejak 21 Oktober yang lalu. Dia juga mengalami kesukaran untuk bernafas dan berdiri. Dua hari kemudian, Xin-xing mengalami kembung perut dan sembelit.

Menurut kenyataan dari zoo itu, mereka telah menjemput pakar dari Pusat Konservasi dan Penyelidikan China untuk Panda Giant dan Hospital Gabungan Pertama di Universiti Perubatan Chongqing untuk merawat Xin-xing dalam beberapa hari namun segala usaha perubatan yang diberikan gagal.

Panda Xin-xing telah disahkan meninggal dunia pada jam 1:25 PM pada 8 Disember 2020. Hasil Pemeriksaan bedah sisat menunjukkan bahawa  Xin-xin meninggal disebabkan kegagalan organ. Panda Xin-xin merupakan satu-satunya panda yang paling lama hidup di Zoo Chongqing berbanding dengan panda-panda yang lain. 

Sumber : dailymail

The post Panda Tertua Di Dunia Dengan 153 Keturunan Dilapor Telah Mati Pada Usia 38 Tahun appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments