Kisah ‘Si Lea’ Kucing Yang Hidap ‘Swimmer Syndrome’, Terpaksa Jalan Guna Roda Lori Mainan

Siapa sangka anak bulus yang comel ini rupa-rupanya mengalami satu penyakit yang menyebabkan dia sukar untuk berjalan. Walaupun ada kekurangan namun anak kucing ini sangat manja dan aktif seperti kucing yang lain.

Sebagai penjaga, semestinya kita inginkan yang terbaik untuk mereka. Seperti tuan si Lea ini berkongsi detik kegembiraan apabila si Lea ini dapat berjalan seperti biasa menggunakan ‘wheelchair’ DIY yang direka oleh Nor Zee menerusi laman Facebooknya.

Sebab kesian tengok dia jalan seret kaki, so kita buatkan wheelchair tuk dia. Lepas pakai je wheelchair, kan main laju dia lari.

“Nasib ada lori mainan ni, boleh bantu si Lea ‘berjalan’ macam kucing biasa…”

Video tak sempat nak record. Laju sangat lari sampai semua benda dia langgar. Kita pulak yang risau takot dia tergolek dengan lori tu sebab laju sangat.

Menurut wanita ini, Doktor Perubatan Veterinar telah mengesahkan si Lea mengidap ‘swimmer syndrome’ sejak lahir lagi. Kelainan sejak lahir membuatkan kucing ini sukar untuk berdiri dan melangkah normal seperti kucing yang lain.

Rata-rata pengguna media sosial terhibur dengan gelagat si Lea berkaki tayar lori yang sangat aktif dan kuat semangat.

 

Sumber: Nor Zee

The post Kisah ‘Si Lea’ Kucing Yang Hidap ‘Swimmer Syndrome’, Terpaksa Jalan Guna Roda Lori Mainan appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments