Ketengahkan Kaedah Masak Yang ‘Simple’, Nenek 70 Tahun Ini Jadi ‘YouTuber’ Terkenal, Raih 8 Juta Tontonan Bulanan

Seorang nenek yang berusia 70 tahun di India telah mendapat pengiktirafan dari YouTube apabila video-video masakannya dilaporkan ditonton berjuta kali dalam sebulan.

Menurut India Times, wanita yang bernama Suman Dhane itu mempunyai seramai lebih daripada 580,000 subscribers di channel Youtube miliknya yang bernama ‘Aapli Aaji’.

Tambahan lagi, setiap video yang dimuat naiknya ditonton lebih 8 juta kali untuk setiap bulan dalam tempoh hanya setahun sahaja.

Kemahsyurannya itu turut disumbangkan oleh cucunya yang berusia 17 tahun.

 

Menurut India Times, cucunya yang percaya bahawa neneknya itu mempunyai kemahiran masakan yang baik, telah menggunakan kemahirannya dalam menyunting dan merakam cara masakannya untuk dimuat naik di YouTube.

Cucunya itu difahamkan memuat naik video masakannya di YouTube sebanyak 2 kali seminggu.

Oleh kerana video itu dirakamkan dalam bahasa marathi, kebanyakan penonton video tersebut adalah dalam kalangan warga tempatan.

Difahamkan, kaedah masakan yang digunakannya juga sangat mudah diamalkan oleh kaum ibu.

Secara tidak langsungnya, ianya senang untuk diikuti ramai dan sebab itulah channel YouTube tersebut mendapat sambutan ramai

Sumber: India Times

The post Ketengahkan Kaedah Masak Yang ‘Simple’, Nenek 70 Tahun Ini Jadi ‘YouTuber’ Terkenal, Raih 8 Juta Tontonan Bulanan appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments