Kerajaan Tak Boleh Perincikan Harga Setiap Dos Vaksin COVID-19 Buat Masa Ini, Tertakluk Dengan Syarat Kerahsiaan Ditetapkan Pengeluar- YB Khairy

Kerajaan tidak boleh mendedahkan kos vaksin Covid-19 pada masa ini kerana mempunyai syarat kerahsiaan yang ditetapkan oleh semua syarikat farmaseutikal, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin.

”Buat masa ini, kerajaan Malaysia atau mana-mana kerajaan di dunia yang memeterai perjanjian dengan syarikat farmaseutikal adalah perjanjian yang tertakluk kepada kerahsian.

Ini adalah syarat yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat farmaseutikal yang mengeluarkan vaksin ini, jelasnya dalam satu sidang media khas hari ini.

”Yang tular di media sosial adalah satu tweet oleh Menteri Belgium yang telah pun diturunkan kerana melanggar syarat-syarat kerahsian dengan syarikat farmaseutikal dimana Kesatuan Eropah telah beli vaksin Covid-19 ini.”

”Oleh yang demikian, buat masa ini, bukan hanya kerajaan Malaysia, setiap kerajaan tertakluk dengan syarat kerahsiaan. Kita tidak boleh memperincikan harga berdasarkan setiap pengeluar vaksin.

”Kalau kita langgar syarat ini, ia akan menjejaskan perjanjian kita dengan syarikat-syarikat pengeluar vaksin. Ini adalah syarat mereka, bukan kita,” katanya.

Dalam sidang media itu juga, beliau berpendirian untuk menghormati perjanjian dan syarat sebab penting untuk dapatkan vaksin tersebut.

Bagaimanapun, Khairy sedia beri taklimat terperinci berkenaan kos vaksin Covid-19 kepada PAC namun anggota PAC diminta patuh pada syarat kerahsiaan.

Sidang media berkenaan perkembangan perolehan vaksin COVID-19 negara.

Posted by Khairy Jamaluddin on Tuesday, December 22, 2020

 

Sumber: Bernama

The post Kerajaan Tak Boleh Perincikan Harga Setiap Dos Vaksin COVID-19 Buat Masa Ini, Tertakluk Dengan Syarat Kerahsiaan Ditetapkan Pengeluar- YB Khairy appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments