Harga RM105k, Kereta Eletrik Tenaga Solar Dilapor Laris Dijual Dalam Masa 24 Jam

CALIFORNIA – Kenderaan solar elektrik keluaran sebuah syarikat Aptera yang berharga $26,000 (RM105,339) dilaporkan telah habis dijual dalam masa 24 jam. Teknologi Never Charge terdiri daripada pakej solar bersepadu yang menyediakan pemanduan secara ‘percuma’ lebih dari 40 batu sehari.

Hal ini, ia dilaporkan menjadi kenderaan pertama di dunia yang tidak memerlukan petrol atau kuasa elektrik. Kenderaan tersebut dilengkapi pek bateri untuk perjalanan 1000 batu berbanding jarak 370 batu pada kenderaan Model S Tesla.

“Teknologi Never Charge akan menyaksikan kuasa dijana oleh kehebatan cahaya matahari.

“Panel suria yang telah sedia ada pada kereta akan menggurangkan penggunaan pek bateri dan para pemandu akan berasa selesa memandu ke mana sahaja tanpa halangan,” kata pengasas bersama Aptera, Chris Anthony.

Menurut Daily Mail, kereta tersebut boleh dimiliki dengan membuat tempahan awal di mana bermula 4 Disember yang lalu dengan harga bermula dari $25,900 (RM104,933) hingga $46,900 (RM190,015) untuk pacuan empat roda.

Bukan itu sahaja, kenderaan tersebut direka dengan motor elektrik penyejukan cecair malah kelajuan pergerakan dari sifar hingga 60 batu per jam dalam masa 3.5 saat. Kelajuan maksimum pula adalah 110 batu per jam.

Sumber: Daily Mail

The post Harga RM105k, Kereta Eletrik Tenaga Solar Dilapor Laris Dijual Dalam Masa 24 Jam appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments