Dua Wanita Ini ‘Bertumbuk’ Dipercayai Kerana Berebut Nak Beli PS5 Yang Hanya Tinggal 1 Unit Sahaja

Dipercayai akibat berebut permainan video Playstation 5, dua wanita dirakam orang ramai saling berbalas tumbukan dan tarik rambut di sebuah kedai permainan di Carolina Utara baru-baru ini.

Rakaman pergaduhan tersebut tular di media sosial. Menerusi klip video tersebut, seorang wanita yang berambut tocang menjerit ke arah seorang lagi wanita yang memakai baju sejuk yang cuba untuk mengambil konsol PS5 yang diletakkan di bahagian jualan barangan di kedai tersebut.

 

 

Difahamkan, mereka berebut permainan video tersebut kerana hanya mempunyai satu sahaja. Mereka cuba ditenangkan oleh orang awam namun gagal dan mereka bergaduh hingga berlaku situasi yang tidak terkawal.

Pihak polis datang dan menenangkan keadaan tersebut dan meminta untuk keluar dari premis berkenaan. Paling mendukacitakan, kedua-dua wanita tersebut tidak dapat membeli konsol PS5 tersebut.

 

Sumber: Newyork Post

The post Dua Wanita Ini ‘Bertumbuk’ Dipercayai Kerana Berebut Nak Beli PS5 Yang Hanya Tinggal 1 Unit Sahaja appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments