Dipercayai Akibat Menguap Terlalu Luas, Lelaki Ini Menderita Rahang ‘Terkehel’

Seorang lelaki dilaporkan mengalami ‘dislokasi sendi’ apabila rahangnya tidak dapat ditutup dipercayai selepas menguap terlalu besar.

Menurut Tribun News, memetik kenyataan doktor pakar ortipedik yang merawat lelaki itu, dislokasi itu berlaku akibat kelemahan otot, ligamen di samping kapsul di kawasan temporo-mandibular joint.

Kata Dr. Helmiyadi Kuswadharna, pesakit berusia 45 tahun itu telah pergi ke Hospital Haji Makassar pada 29 November lalu untuk mendapatkan rawatan.

Beliau turut memuatnaik video penerangan mengenai kes itu di laman TikTok @dr.helmiyadi_spot di mana beliau menunjukkan caranya memperbetul semula rahang lelaki berkenaan.

“Setelah dikembalikan posisinya, dipertahankan menggunakan pembalut (bandage) kepala selama tiga hari,” katanya.

Selain itu tambahnya, kejadian itu boleh berlaku sama ada akibat trauma daripada kemalangan atau sejarah dislokasi sebelum ini.

“Boleh jadi kerana sejarah trauma seperti kemalangan lalu lintas, kecederaan olahraga, ditumbuk, sejarah dislokasi sebelumnya,” tambah beliau.

Kredit: Google

Sumber: Tribun News

The post Dipercayai Akibat Menguap Terlalu Luas, Lelaki Ini Menderita Rahang ‘Terkehel’ appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments