COVID-19: Selangor Jadi Negeri Dengan Kes Tertinggi Buat Hari Ketiga Berturut-turut, 532 Kes Hari Ini, Diikuti Sabah & Negeri Sembilan

PUTRAJAYA, 14 Dis – Selangor masih kekal mencatatkan angka tertinggi kes harian COVID-19  dengan 532 kes dilaporkan hari ini, umum Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Jelas Noor Hisham, 420 kes daripadanya (28.9 peratus) adalah dikesan melibatkan kluster-kluster dan saringan kontak rapat yang giat dijalankan di lapangan.

“(Dalam masa sama) ia turut diikuti Sabah dengan 283 kes bersamaan 20.6 peratus dan Negeri Sembilan sebanyak 260 kes bersamaan 19 peratus.

“Sebanyak 72 kes bersamaan 5.3 peratus yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara iaitu Kluster Tembok 48 kes, Kluster Penjara Jalan Harapan 22 kes, Kluster Martabai satu (1) kes dan Kluster Penjara Kepayang satu (1) kes,” katanya dalam sidang media perkembangan COVID-19 hari ini.

Untuk rekod, pada 12 Dis, Selangor mencatatkan kes harian tertinggi dengan pertambahan 823 kes, diikuti 435 kes pada 13 Dis.

Berita lanjut menyusul.

Sidang Media Khas Covid-19 oleh Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Sidang Media Khas Covid-19 oleh Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Posted by RTM – Radio Televisyen Malaysia on Monday, December 14, 2020

Sumber: KKM

The post COVID-19: Selangor Jadi Negeri Dengan Kes Tertinggi Buat Hari Ketiga Berturut-turut, 532 Kes Hari Ini, Diikuti Sabah & Negeri Sembilan appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments