Cincin Dihias 12,638 Butir Berlian Catat Rekod Dunia Guiness

Sebentuk cincin yang mempunyai 12,638 butir berlian kecil diiktirafkan sebagai rekod baharu di Guiness World Records kerana memiliki lebih banyak berlian berbanding cincin yang lain. Namun begitu, penciptanya dari India belum ada rancangan untuk menjual cincin tersebut.

Cincin tersebut dikenali sebagai The Marigold – The Ring of Prosperity kerana mempunyai bentuk bunga yang unik serta mempunyai berat sekitar 165 gram.

“Boleh dipakai dan selesa,” kata Harish Bansal, 25 tahun, yang berjaya menciptakan cincin itu sebagai projek yang diimpikan.

Bansal menyatakan bahawa idea tersebut diperolehi kira-kira dua tahun yang lalu semasa mempelajari reka bentuk barang kemas di bandar Surat, India.

“Sasaran saya ialah lebih dari 10,000 butir berlian. Saya telah membuang banyak rekaan dan konsep sejak beberapa tahun lalu dan akhirnya ia terhasil.

“Buat masa sekarang, kami tidak mempunyai rancangan untuk menjualnya. Ini soal kebanggaan kami bahkan ia tidak ternilai harganya,” katanya.

Rekod sebelum ini yang diiktirafkan oleh Guinness World Records adalah sebentuk cincin yang mempunyai sebanyak 7,801 butir berlian dari India.

Sumber: Daily Mail

The post Cincin Dihias 12,638 Butir Berlian Catat Rekod Dunia Guiness appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments