China Rancang Tingkatkan Keupayaan Pengubahsuaian Cuaca Untuk Kawal Pertanian, Bencana Dan Ekosistem

China telah berikrar untuk meningkatkan kemampuannya untuk mengubah cuaca iaitu hujan dan salji buatan untuk mendapatkan lebih banyak kawalan terhadap pertanian, bencana alam dan ekosistemnya, lapor Daily Mail.

‘Impian’ itu akan meliputi tanah yang lebih dari enam juta kilometer persegi (2.3 juta batu persegi) menjelang 2025 dengan program cuaca yang akan dipanjangkan.

Gambar Via Daily Mail

Beijing mengatakan kemampuan modifikasi cuaca akan mencapai tahap ‘maju’ pada tahun 2035 dengan fokus untuk memulihkan ekosistem dan meminimumkan kerugian pertanian dari bencana alam.

China dilaporkan sering menggunakan teknologi pembenihan awan untuk mengatasi kemarau atau membersihkan udara menjelang acara antarabangsa yang besar.

Gambar Via Daily Mail

Negara itu juga telah membangunkan sistem modifikasi cuaca di dataran tinggi Qinghai-Tibet iaitu rizab air tawar terbesar di Asia dengan tujuan untuk mengepam sejumlah besar iodida perak ke awan dalam usaha meningkatkan curahan air hujan.

Program hujan dan salji buatan yang diperluas akan menggunakan tanah seluas 5.55 juta kilometer persegi (2.1 juta batu persegi).

Gambar Via Daily Mail

“Menjelang tahun 2035, kemampuan pengubahsuaian cuaca buatan negara kita yang mempengaruhi perniagaan, teknologi, dan perkhidmatan akan mencapai tahap maju di dunia,” kata kenyataan yang dikeluarkan dalam Dewan Negara itu.

Sumber: Daily Mail

The post China Rancang Tingkatkan Keupayaan Pengubahsuaian Cuaca Untuk Kawal Pertanian, Bencana Dan Ekosistem appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments