Air Selangor Terima Pengiktirafan Di Anugerah Air Global 2020, Beri Perkhidmatan Terbaik

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) baru-baru ini telah mendapat pengiktirafan di Anugearah Air Global 2020 dibawah kategori ‘Public Water Agency of the Year’.

Berita penganugerahan tersebut turut dikongsi melalui laman Facebook rasmi mereka.

“Kami berbesar hati mengumumkan bahawa Air Selangor telah mendapat pengiktirafan di Anugerah Air Global 2020 melalui kategori ‘Public Water Agency of the Year.” 

Anugerah berprestij ini adalah pengiktirafan kepada pencapaian kami dalam memberikan perkhidmatan air terawat yang bersih dan selamat.

Kami mengucapkan terima kasih diatas sokongan yang berterusan dan akan sentiasa berusaha memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan kami.”

Bagi yang tak tahu, Global Water Intelligence merupakan badan yang memberikan pengiktirafan pencapaian dalam industri air antarabangsa membabitkan pelbagai kategori.

Walaupun mengalami beberapa siri gangguan air sebelum ini, Air Selangor dalam pada itu telah bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam mengenal pasti punca pencemaran serta masalah lain yang menyebabkan lebih sejuta akaun pengguna yang terjejas.

Siri gangguan bekalan air yang berlaku adalah bagi mengesan jika terdapat pencemaran sumber air mentah yang mana jika terus disalurkan berkemungkinan memudaratkan atau bahaya kepada pengguna.

Oleh itu, disini jelas sekali Air Selangor menjalankan tugas mengikut prosedur bertaraf antarabangsa walaupun kadang kala terpaksa menghentikan operasi sehingga menyebabkan gangguan air di sekitar Lembah Klang yang dilalui rata-rata daripada kita. Pun begitu, ramai tidak sedar bahawa pemberhentian tugas loji itu dilakukan demi kebaikan jutaan pengguna.

Air yang tercemar sama sekali tidak sesuai untuk diminum, mandi, dan mencuci kerana jumlah pencemaran akan merosakkan manusia atau penanaman.  Disebabkan air merupakan punca kelangsungan hidup yang sangat penting,  semua pihak perlu mengambil tanggungjawab menjaga kebersihan dan mencegah pencemaran.

Pembuangan sampah dengan sengaja melalui saluran atau perparitan akan menyebabkan pencemaran yang memberi kesan teruk kepada kehidupan atau organisma lain terancam seperti wabak serius apabila menggunakan air yang kotor.

Dalam pada itu, pihak berwajib perlu memperketatkan lagi undang-undang bagi melarang individu yang tidak bertanggungjawab melakukan kegiatan mencemarkan sungai.

Oleh itu, sebelum kita menunding jari, sebaiknya kita selidik terlebih dahulu. Maka, marilah kita menjadi manusia yang berperanan dan bertanggungjawab kepada alam sekitar dan mencintai bumi.

The post Air Selangor Terima Pengiktirafan Di Anugerah Air Global 2020, Beri Perkhidmatan Terbaik appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments