Wanita Dikurniakan 10 Anak Lelaki Dilapor Meninggal Dunia 11 Hari Selepas Lahirkan Anak Perempuan Pertama

Seorang wanita dilaporkan telah meninggal dunia 11 hari selepas melahirkan satu-satunya anak perempuannya, lapor Bluebonnet News.

Dia dan suami dipercayai telah lama mengimpikan seorang bayi perempuan selepas 10 orang anak yang dilahirkannya sebelum ini adalah lelaki.

Wanita berusia 39 tahun itu meninggal dunia di atas katil sambil memangku bayinya itu.

Gambar Via Bluebonnet News

“Saya berguling dan dapat melihat dia telah mati, saya melakukan CPR padanya sehingga pegawai perubatan tiba, kata suaminya.

Lelaki itu mengesyaki bahawa isterinya mungkin mengalami masalah perubatan selepas bersalin dan berharap agar ia dapat ditentukan semasa autopsinya.

Kehamilan wanita yang berasal dari Amerika itu juga memperlihatkan dia mempunyai komplikasi darah tinggi dan isu yang membuatkannya tidak dapat bekerja dengan baik.

“Dia melahirkan semua anak lelaki sebelum ini dan dia berdoa untuk mendapatkan anak perempuan.

“Dia adalah ibu dan isteri yang baik, dia adalah wanita paling cantik yang pernah saya kenal,” ujar suaminya.

Sumber: Bluebonnet News, People

Jom tengok video di Youtube Siakap Keli dan subscribe

The post Wanita Dikurniakan 10 Anak Lelaki Dilapor Meninggal Dunia 11 Hari Selepas Lahirkan Anak Perempuan Pertama appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments