Viral Di Tiktok, Wanita Ini Mengaku Miliki Mulut Terbesar Di Dunia

Setiap orang mempunyai saiz mulut yang berbeza-beza, begitu juga dengan pemilik akaun tiktok yang bernama Samantha Ramsdell (30).

Dia akui memiliki mulut terbesar di dunia menjadi suatu isu yang sensasi diperkatakan menerusi perkongsiannya di akaun Tik Tok miliknya. Disebabkan perkongsian tersebut, Samantha Ramsdell berjaya menarik perhatian hingga memperolehi sebanyak 750 000 pengikut.

Gambar via The Sun.co.uk

Dia mendakwa bahawa kemungkinan mulutnya lebih besar daripada Rekod Dunia Guinness iaitu 3.75 inci. Menurutnya, apabila dia mengukur mulutnya sendiri, ukuran lebar mulutnya hampir mencapai empat inci.

Samantha merupakan seorang penjual yang tinggal di Connecticut. Oleh disebabkan tercetusnya pandemik COVID-19, syarikat tempatnya bekerja terpaksa ditutup dan dia mengambil kesempatan untuk membuat content yang menarik secara aktif di akaun Tik Tok miliknya.

“Saya membuat akaun TikTok pada tahun 2019 tetapi tidak secara konsisten sehingga kes COVID-19 melanda sekitar April 2020 dan dirinya dikenali disebabkan kandungan video lucu, komedi dan parodi nyanyian,” katanya.

“Akan tetapi apabila video yang melibatkan mulut dan wajah saya, ianya akan membuatkan saya menjadi viral,” tambahnya lagi.

Gambar via ladbible.com
Gambar via en24.news

Namun, Samantha juga mengatakan bahawa beberapa videonya mempunyai lebih daripada 50 juta tontonan membuatkan dirinya berjaya mendapatkan hasil pendapatan yang lumayan.

“Snapchat juga menyiarkan mengenai bagaimana saya memiliki ‘Mulut Terbesar Di Dunia’ jadi jika Snapchat mengatakan demikian, itu mesti benar kan?”

Sumber: India Times

The post Viral Di Tiktok, Wanita Ini Mengaku Miliki Mulut Terbesar Di Dunia appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments