(Video) “Yang Bela Kucing Je Faham”, 6 Tahun Bersama, Anak Dedah Ayah Menangis Kucing Kesayangan Mati Dilanggar

Siapa yang bela kucing, tahulah macamana dia punya perasaan sayang ‘gila-gila’ kat kucing tu, apatah lagi kalau bela bertahun-tahun lamanya.

Tapi orang kata, malang ni tak berbau. Macam mana pun, kalau takdir tu nak datang, maka ia datang juga.

Baru-baru ini, seorang warga Twitter, Puan Mustasyar berkongsi detik-detik suram keluarganya apabila kucing kesayangan mereka yang sudah dibela sejak enam tahun lalu dilapor telah mati.

Difahamkan, kucing bernama Milo itu nyawanya melayang akibat dilanggar kereta oleh ahli keluarganya secara tidak sengaja dalam satu kejadian tengah hari semalam.

BACA: (Video) “Tengok Mata Dia” Oyen Lumpuh ‘Terharu’ Dijaga Dengan Baik, Siap Bubuh Bedak Sebelum Dipakaikan “Pampers”

Nazak depan mata

Ketika dilanggar, Milo hanya mampu menjerit kesakitan, namun tidak sempat diselamatkan oleh Abah.

“Muka macam hancur tapi tak keluar darah sangat pun.

“Dia (Milo) duduk bawah kereta. Selalunya kalau hidup enjin dia lari. Kali ini tak lari. Mungkin dah memang ajal,” katanya ketika dihubungi Siakap Keli hari ini.

Jelasnya, Milo pada waktu itu berada dalam keadaan kritikal dan nazak.

Bagaimanapun akibat komplikasi kecederaan yang teruk, tidak lama kemudian akhirnya Milo menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Situasi pilu itu hanya mampu ditatapi Abah dengan linangan air mata tanpa sempat mengucapkan kata-kata terakhir.

Milo pergi jua…

Anak emas abah

Sebelum ini, Milo rupa-rupanya ialah kucing yang paling manja dengan abah, sampai tahap tidur pun mesti dengan abah setiap hari.

Di bawah ini pula gambar Milo bersama kakaknya. Mungkin selepas ini, hidup si kakak akan mulai suram kerana adik yang menjadi temannya selama ini telah pun pergi.

Milo juga mempunyai peribadi yang baik. Mungkin sebab itu Abah terlalu sayang padanya.

Netizen pun turut bersedih atas pemergian Milo

Sementara itu, ada juga netizen lain turut berkongsi rasa sedih yang sama, di mana mereka pun pernah menghadapi saat-saat kehilangan kucing kesayangan.

Seorang netizen mendakwa, salah satu sifat semulajadi kucing adalah apabila ‘waktunya’ sudah dekat, mereka akan cuba lari daripada pandangan manusia, apatah lagi tuannya sendiri.

Antara yang turut menjadi kenangan, Si Putih milik Aisyah.

Meruntun hati, si Embang ini pula dikatakan ditemui di bawah kereta dalam keadaan sudah kaku.

Tak sempat tuannya menatap wajah dan sayu suaranya ketika saat-saat terakhir sebelum pergi.

Selepas arwah suami, Si Putih pula pergi

Lain pula kisah si Putih ini.

Menurut tuannya, si Putih ini telah hidup bersama mereka selama tujuh tahun. Lebih menyayat hati, si Putih ini jugalah yang menjadi peneman setia arwah suaminya sepanjang menjalani tempoh sakit.

Namun, takdir sudah tertulis. Lepas arwah suami pergi, maka giliran si Putih pula turut ikut sama.

Tidak tahulah bagaimana betapa sedihnya insan ini apabila kedua-duanya sudah tiada.

Gugur di hari raya

Jelas Faradilah, kucing kesayangannya yang bernama Mika ini ‘gugur’ ketika orang lain sedang bergembira menikmati hari raya puasa pada bulan Syawal lalu.

Sesuatu yang begitu memilukan adalah insan ini baru sahaja pulang dari pusat kuarantin, namun masa begitu singkat. Mika pergi jua.

Tumbang kerana parvo

Semua sudah maklum, antara ancaman terbesar dan paling berbahaya buat kucing ialah jangkitan virus parbo.

Sudah banyak dipaparkan dalam media tentang kematian-kematian kucing akibat virus berkenaan yang menjarah serta mengganas dalam tubuh badan Si Bulus ini.

Kucing Puan Izzati di bawah ini juga tidak dapat lari daripada ancaman tersebut.

Kata-kata paling bermakna

Apa yang diungkapkan dalam ciapan tasha ini, walaupun ringkas, tetapi begitu besar maknanya.

Ya, bagi kita, kucing mungkin sekadar haiwan peliharaan. Tapi bagi kucing, kita inilah sebenarnya dunia mereka.

Semoga kucing-kucing kita yang pernah mati sebelum ini, kita dapat bertemu semula dengannya di syurga nanti.

Sumber: Puan Mustasyar

The post (Video) “Yang Bela Kucing Je Faham”, 6 Tahun Bersama, Anak Dedah Ayah Menangis Kucing Kesayangan Mati Dilanggar appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments