(Video) Wanita Hidap Kanser Limfoma, Sebak Rambut Makin Gugur, Ayah Pula Meninggal Hari Sama Dirinya Jalani Pembedahan

Bagaimana perasaan anda sekiranya orang sekeliling anda atau diri anda sendiri menghidapi barah yang sukar untuk dirawat? Sungguh susah untuk mengungkapkan perasaan, begitu juga perasaan yang dihadapi oleh seorang wanita yang bernama @qifajanes.

Videonya menjadi perhatian ramai di aplikasi TikTok di mana wanita tersebut menyatakan dirinya sah menghidap barah limfoma tahap keempat. Penyakit ini sudah diketahui oleh dirinya pada awal tahun ini. Menerusi videonya, wanita tersebut turut berkongsi simptom yang dilaluinya sepanjang menghidap penyakit misteri tersebut seperti berpeluh, nafas menjadi pendek dan kegatalan.

@qifajanes

Cancer awareness ✨✨ #cancerfighter #armywife #fyp #fypシ #foryoupage

♬ original sound – Ray Loh CK – Ray Loh CK

Bukan itu sahaja, wanita ini merasa terkilan apabila mengetahui ayah tercinta pulang menghadap Ilahi setelah dirinya menjalani pembedahan pertamanya. Perasaan sedih dan duka hanya dirinya dan Tuhan sahaja yang tahu.

Walau begitu, dirinya akui rambutnya semakin hari semakin gugur bahkan kerap berasa mual setelah menjalani rawatan kimoterapi di sebuah hospital.

@qifajanes

#shouldbeme #fyp #cancerfighter #cancerfight #armywife

♬ hometown slowed down twenty one pilots – les

Videonya yang meraih lebih 100 000 tontonan membuatkan rata-rata netizen memberi komen supaya dirinya sentiasa kuat dan tidak lupa mendoakan kesihatan dirinya.

Gambar via @qifajanes
Gambar via @qifajanes
Gambar via @qifajanes

Sumber: qifajanes (tiktok)

The post (Video) Wanita Hidap Kanser Limfoma, Sebak Rambut Makin Gugur, Ayah Pula Meninggal Hari Sama Dirinya Jalani Pembedahan appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments