(Video) Viral Pengantin Perempuan Bertaranum Di Hari Persandingan, Rupanya Pernah Jadi Qariah Peringkat Negeri

Semua orang mempunyai bakat yang tersendiri tidak kira dari segi nyanyian, melukis atau sebagainya. Cuma anda perlu pandai mengambil peluang untuk menyerlahkan bakat anda di khalayak umum.

Begitu juga dengan pengantin perempuan ini yang melakukan aksi bertaranum di hadapan para tetamu yang hadir di majlis persandinganya. Tidak disangka-sangka, bakat bertaranum menjadi buah mulut para tetamu serta warganet sehingga viral di media sosial.

Pengantin perempuan, Ain Najihah memaklumkan bahawa dirinya dijemput oleh bapa saudara suaminya untuk mengalunkan sedikit bacaan. Bukan itu sahaja, dia membawa bacaan tersebut dengan spontan walaupun perasaan gementar tetap ada dalam dirinya.

Di sebalik bakatnya itu, Ain Najihah merupakan seorang yang aktif dalam mendalami ilmu taranum sejak di bangku sekolah lagi. Malah, minatnya diteruskan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) serta mengasahkan bakatnya itu di pertandingan taranum peringkat negeri pada tahun 2018.

Gambar via ainnajihahabdhkm

Sumber: Ain Najihah

The post (Video) Viral Pengantin Perempuan Bertaranum Di Hari Persandingan, Rupanya Pernah Jadi Qariah Peringkat Negeri appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments