(Video) Tular Burung Isi Batu Dalam Botol Nak Minum Air, Buat Teringat Cerita Kanak-kanak ‘Sang Gagak Kehausan’

Seperti yang diketahui, setiap dari kita sememangnya dibesarkan dengan pelbagai ‘cerita rakyat’ yang kebanyakannya bertujuan untuk memberi pengajaran.

Bagi yang lahir pada tahun 80-an dan 90-an, korang pasti  pernah mengetahui mengenai  kisah burung gagak yang mengisi batu dalam botol.

Ternyata, ia bukan kisah dongeng atau rekaan semata-mata kerana tular satu video yang menyaksikan kegigihan seekor burung mengisi batu dalam botol untuk meminum air.

Apa yang membezakan adalah ia bukan burung gagak tetapi burung murai.

Melalui video yang dimuatnaik oleh PakYobKayuh di laman Twitter, burung tersebut dilihat berulang-alik mencari batu untuk diletakkan di dalam botol yang berisi air itu.

‘Kebijaksanaan’ dan usaha burung murai tersebut membuahkan hasil apabila ia pada akhirnya dapat  meminum air tersebut.

Video yang telah mendapat sebanyak 176.8 ribu tontonan itu dibanjiri dengan komen warganet yang rata-ratanya tidak menyangka kisah yang dibaca ketika kecil benar-benar berlaku.

Sumber: PakYobKayuh

The post (Video) Tular Burung Isi Batu Dalam Botol Nak Minum Air, Buat Teringat Cerita Kanak-kanak ‘Sang Gagak Kehausan’ appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments