(Video) Tiga Kaum Bersatu ‘Main’ Muzik & Sama-sama ‘Goyang Kepala’, Netizen Terharu Dengan Perpaduan Rakyat Malaysia

Kepelbagaian dan keunikan bangsa di Malaysia sememangnya menjadi kebanggaan buat semua rakyat di negara ini.

Walaupun diakui banyak cabaran yang cuba untuk menggoyahkan kesejahteraan namun kebersamaan semua bangsa masih tetap utuh dan realitinya masih lagi  boleh dilihat.

Sama seperti video yang tular ini, walaupun masing-masing hanya bermain alat muzik namun ia memperlihatkan semangat kepelbagaian bangsa.

Mengikut rentak alunan alat muzik masing-masing, video tersebut memaparkan individu-individu dari bangsa Melayu, Cina dan India.

Video lama yang dipercayai dirakam oleh .singhdhillon ketika satu acara di Eco World itu menarik perhatian ramai kerana kagum dengan kesatuan rentak irama yang tercipta dari kompang, gamelan dan gendang Cina dan India.

Rata-rata warganet memberikan komen yang positif dan terharu dengan semangat kebersamaan bangsa.

Sumber: Tiktok .singhdhillon via syzaqla

The post (Video) Tiga Kaum Bersatu ‘Main’ Muzik & Sama-sama ‘Goyang Kepala’, Netizen Terharu Dengan Perpaduan Rakyat Malaysia appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments