(Video) Simen Antara Jubin Pecah Dan Tercabut, Ini Antara Cara Mudah Untuk Selesaikan

Pasti ramai diantara kita yang mempunyai masalah simen di antara jubin di rumah tercabut. Ianya sekali gus akan menampakkan simen di lantai rumah kita itu seakan berlubang.

Situasi sebegini lazimnya berlaku pada lantai jubin yang telah lama digunakan. Simen di antara jubin tersebut kebiasaannya tercabut dan secara tidak lansung turut menganggu pemandangan.

Jadi, sekiranya simen tersebut berlubang pada lantai rumah kita, bagaimana caranya untuk kita membaikinya. Sebenarnya, cara untuk membaiki masalah itu mudah sahaja dan tidak perlu mengeluarkan begitu banyak perbelanjaan pun.

Untuk membaikinya pula, perlulah ada peralatan yang betul. Di antaranya ialah simen grout akan perlu dibancuh terlebih dahulu sebelum diletakkan di celah-celah jubin yang mempunyai ruang kosong. Namun, adalah lebih baik untuk membersihkan ruangan di antara jubin tersebut sebelum dibaiki.

Bahan-bahan seperti grout tiles ini sebenarnya boleh didapati di mana-mana kedai hardware dan juga turut boleh di dapati dalam talian. Kami sertakan juga pautan bagi memudahkan anda untuk mendapatkan bahan tersebut di SINI.

Atau sekiranya anda merasakan teknik di atas agak sukar untuk dilakukan, anda juga boleh mencuba menggunakan ‘Tiles Reform’. Cara menggunakannya boleh dirujuk pada video di bawah.

Mudah sahaja, hanya perlu memicitkan botol tersebut pada bahagian-bahagian ruangan jubin yang kosong mahupun rosak. Anda juga boleh mendapatkan bahan tersebut di SINI.

Sumber: dengarden, OMD,VictoriaPlum

The post (Video) Simen Antara Jubin Pecah Dan Tercabut, Ini Antara Cara Mudah Untuk Selesaikan appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments