(Video) ‘Serigala Jadian’ Di Jepun Ini Diletakkan Di Kawasan Ladang, Buatkan Beruang Ketakutan

Bagi anda yang bekerja sebagai petani, yang menguruskan perladangan sesuatu tanaman, tentu anda risau akan hadirnya haiwan yang akan merosakkan hasil tanaman anda. Lebih bahaya lagi sekiranya haiwan tersebut menyerang dan mendatangkan kecederaan pada anda dan penduduk setempat.

Memetik satu kiriman video dari laman facebook South China Morning Post, terdapat satu ciptaan unik yang diberikan nama ‘Robotic Monster Wolf’ . Ciptaan ini digunakan adalah untuk menakutkan beruang di utara Jepun.

‘Robotic Monster Wolf’ ini dihadirkan dengan versi yang ganas dan menakutkan kerana menggunakan lampu berkelip berwarna merah pada matanya, berwajah hitam, 60 kali bunyi ngauman lebih kuat dan pandangan yang mengerikan untuk menghalau beruang.

Hal ini kerana, beruang telah berkeliaran di bandar setiap kali bulan November demi mencari makanan sebelum hibernasi. Hibernasi merujuk kepada musim heteroterma yang mempunyai ciri-ciri tertentu seperti suhu badan yang rendah, pernafasan dan degupan jantung yang perlahan serta tahap metabolisme yang rendah. Pegawai tempatan di daerah itu juga mengatakan tidak ada lagi penampakan beruang sejak robot itu diaplikasikan.

Ditambah lagi, lebih daripada 70 biji ‘robotic wolf’ telah terjual di Jepun sejak dilancarkan pada 2018.

Robotic ‘monster wolves’ scare bears in Japan

These robot "monster wolves" are scaring bears roaming through towns in Japan.

Posted by South China Morning Post on Thursday, November 12, 2020

Sumber : South China Morning Post

The post (Video) ‘Serigala Jadian’ Di Jepun Ini Diletakkan Di Kawasan Ladang, Buatkan Beruang Ketakutan appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments