(Video) Ruang Tamu Di Indonesia Dapur Di Malaysia, Rumah Unik Ini Terletak Di Sempadan Dua Negara

Mungkin ramai yang masih belum tahu bahawa terdapat sebuah rumah yang unik di dunia ini, di mana merupakan gabungan antara dua sempadan negara iaitu Malaysia dan Indonesia.

Menerusi perkongsian sebuah video di aplikasi TikTok, rumah itu terletak di Pulau Sebatik, sebuah pulau di pantai Timur Borneo yang dibahagikan kepada dua bahagian.

Di utara adalah milik Sabah, Malaysia manakala bahagian yang selatan adalah milik Kalimantan Utara, Indonesia.

Ruang tamu di Indonesia, dapur di Malaysia

Penghuni rumah tersebut setiap hari merentasi dua negara kerana ruang tamu rumah terletak di Indonesia dan ruangan dapurnya pula terletak di Malaysia.

Pintu luar rumah turut dicat dengan dengan warna merah dan putih mewakili Indonesia, manakala di bahagian dapur terdapat bendera jalur gemilang yang berkibar menandakan berada di wilayah Malaysia.

@hanif.r89

di uploud ulang, akun yg gw duetin keblokir #EnaknyaKemana #perbatasanindonesiamalaysia #malaysia #indo #indonesia #foryoupage #fyp #fypシ

♬ original sound – hanif.r89 – hanif.r89

Video yang mendapat 2.6 juta tontonan, 352 ribu tanda suka dan 1908 ribu komen itu dibanjiri oleh warganet daripada kedua-dua negara.

Rata-ratanya menyifatkan Malaysia dan Indonesia adalah negara serumpun yang berjiran baik antara satu sama lain.

Terdapat juga warganet yang mempersoalkan kerakyatan pemilik rumah dan menyatakan mereka beruntung kerana boleh ‘melancong’ ke luar negara setiap hari.

Mak pergi Malaysia jap nak masak

Nak mandi kena cop pasport dulu ke?

Untunglah hari-hari ke luar negara

Sumber: Tiktok hanif.r89, Youtube The Akis

The post (Video) Ruang Tamu Di Indonesia Dapur Di Malaysia, Rumah Unik Ini Terletak Di Sempadan Dua Negara appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments