(Video) Ratusan Monyet ‘Layan’ Alunan Piano Yang Dimainkan Bagi Beri Kesedaran Isu Kelaparan

Saat yang menyentuh hati apabila seorang pemain piano ini memainkan muzik klasik untuk ratusan monyet.

Paul Barton ingin meningkatkan kesedaran tentang isu kelaparan yang dihadapi oleh haiwan-haiwan akibat penurunan jumlah pelancong di Lopburi, Thailand yang disebabkan oleh pandemik koronavirus.

Dalam video berdurasi 1:14 saat yang dikongsikan oleh media The Independent dalam kiriman Twitter itu, Paul Barton dilihat bermain piano dengan alunan klasik sambil dikerumuni oleh sekumpulan monyet yang berada diatas piano, tempat duduk pelancong, disebelah kerusi tanpa rasa terganggu serta kelihatan tenang. Monyet-monyet itu kelihatan gembira mendengarkan alunan piano tersebut dan ada antara mereka cuba untuk memainkan piano itu sendiri.

Paul Barton juga memberi makanan kepada monyet itu sendiri dan berharap mini konsert yang dilakukan itu akan meningkatkan kesedaran tentang keadaan haiwan-haiwan yang terjejas akibat pandemik koronavirus.

Sumber : The Independent 

The post (Video) Ratusan Monyet ‘Layan’ Alunan Piano Yang Dimainkan Bagi Beri Kesedaran Isu Kelaparan appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments