(Video) Ramai Tak Tahu, Macam Ini Rupanya Nozel Pam Minyak Boleh Terhenti Sendiri Bila Tangki Penuh

Sememangnya telah menjadi kebiasaan bagi setiap orang untuk mengisi minyak kenderaan masing namun pernahkah anda terfikir bagaimana nozel pam minyak boleh tahu tangki minyak anda sudah penuh?

Mekanisme tersebut rupa-rupanya dipanggil sebagai Venturi Effect iaitu pengurangan tekanan bendalir yang berlaku apabila ia mengalir melalui bahagian paip yang tersekat atau tersedak.

Gambar Via Motor Authority

Memetik dari portal Optima, terdapat tiub kecil berhampiran nozel yang mengarah kembali ke diafragma udara di pemegang pam.

Ketika anda mula mengepam minyak, semua diafragma akan menjadi kembung dan mengembang serta udara mengalir melalui tiub kecil.

Setelah hujung nozel terbenam dalam minyak (ketika tangki sedang diisi), minyak mula disedut ke dalam tiub kecil itu.

Dalam erti kata lain, apabila tangki tidak penuh, udara ditarik melalui lubang oleh vakum dan udara mengalir dengan mudah.

Gambar Via Optima

Menurut Howstuffworks, apabila petrol di dalam tangki telah naik cukup tinggi untuk menyekat lubang, hubungan mekanikal pemegang pam merasakan perubahan sedutan dan automatik mencetuskan penutupan nozel.

Kaedah ini juga sama jika anda mempunyai paip kecil dengan penyedut di hujung dan udara mengalir melalui paip dengan mudah.

Sekiranya anda meletakkan hujung paip di dalam segelas air, ia memerlukan lebih banyak penyedut, jadi vakum akan terbentuk di tengah-tengah paip.

Ketika sedang mengisi tangki minyak kenderaan anda, cari lubang ini di bahagian dalam atau di luar hujungnya.

Anda juga boleh menonton video di bawah ini:

Sumber: Optima, Howstuffworks

The post (Video) Ramai Tak Tahu, Macam Ini Rupanya Nozel Pam Minyak Boleh Terhenti Sendiri Bila Tangki Penuh appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments