(Video) Pertama Kali Masuk “Mall”, Remaja Dari Kampung Menangis ‘Member’ Ajak Lepak Sama-sama Di Bandar

Dalam hidup kita ni antara benda yang paling bernilai dan buat kita boleh ‘steady’ berdiri walaupun banyak masalah ialah kawan rapat.

Berkawan ni memanglah boleh seramai mungkin. Facebook boleh sampai 5,000 kawan. Instagram dan Twitter boleh berjuta-juta pengikut (followers).

Tapi secara teknikal, jumlah itu hanya angka. Boleh jadi yang benar-benar menyelami hati kita hanyalah beberapa kerat sahaja.

Kisah budak kampung kali pertama masuk pusat beli-belah

Kalau anda seorang anak kampung yang memang jarang (atau tidak pernah) masuk ke bandar, pasti akan berasa janggal untuk pergi ke pusat beli-belah (shopping mall), sama ada tak biasa atau mungkin segan sebab ‘poket’ tak penuh.

Tapi dalam masa sama, ada sahabat-sahabat anda yang sudi ajak anda berjalan-jalan di sana untuk meluangkan masa bersama. Rasanya apa perasaan anda ketika itu? Mesti terharu kan?

Begitulah yang dirasai oleh seorang pemuda kampung ini apabila rakan-rakan mengajaknya ‘melepak’ di pusat beli-belah dengan tujuan tersebut.

Video yang dimuat naik ke aplikasi Tiktok oleh Luckman Zayd ini menceritakan segala-galanya, tentang perihal sahabatnya dari kampung itu.

Jelas Luckman, sahabatnya ini diambil dari kampung selepas bekerja di kebun, mungkin kerana tangannya yang tercedera selepas didakwa terkena cangkul.

@luckmanzayd

#jangandiskip #fyp #foryou #masukfypdong #foryoupage #fypシ

♬ surat cinta untuk starla – jessie’🧸 | on ts

Tidak bergaya, jauh lagi untuk berpakaian cantik. Dia hanya berbaju tshirt biasa, berseluar ‘track’ dan bersandal sahaja.

Ketika mereka berjalan-jalan, sahabatnya ini diberi peluang ‘bergandingan’ dengan orang lain dalam membaca ayat suci Al-Quran iaitu Surah Al-Fatihah.

Kalau dilihat pada video ini, kelihatan pemuda ini tidak kekok untuk membaca ayat-ayat tersebut. Mungkin mengaji itu salah satu amalan dalam rutin hariannya.

@luckmanzayd

Balas @imam_conda #voiceeffects #jangandiskip #fyp #foryou #fypシ #foryoupage #masukfypdong

♬ original sound – Lukmanzayd – Lukmanzayd

Selain itu, Luckman juga membawa sahabatnya ini ke kedai makan untuk menikmati makan malam bersama.

Apa yang menyentuh hati di sini ialah rakannya itu berasa aamat segan untuk memesan menu yang ‘mahal-mahal’.

“Kita boleh makan di warung saja..” katanya dalam video tersebut.

@luckmanzayd

Balas @user2316006351856 #jangandiskip #fyp #foryou #masukfypdong #foryoupage #fypシ

♬ original sound – rainalhakim94 – rainalhakim94

 

Kita boleh lihat kan betapa sahabatnya ini menikmati makanan sedap tersebut dengan begitu berselera sekali.

Mungkin selama ini dia mungkin belum berkemampuan untuk merasai makanan yang sedap-sedap di restoran, apatah lagi hanya tinggal jauh di kampung.

Jadi kalau anda ada sahabat baik yang mungkin orang susah, atau belum pernah berpeluang untuk merasai apa yang anda pernah rasa, maka sebaiknya luangkanlah sedikit masa dan wang untuk mereka.

Semoga itu akan menjadi kenangan manis yang mengekalkan tali persahabatan selama-lamanya.

Sumber: Luckman Zayd

The post (Video) Pertama Kali Masuk “Mall”, Remaja Dari Kampung Menangis ‘Member’ Ajak Lepak Sama-sama Di Bandar appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments